Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2008

Gadis meninggal selepas diragut

Mangsa Ragut Dijumpai Mati

ALOR STAR –(Kosmo) “Dia (mangsa) kelihatan gelisah dan tidak boleh tidur semalaman sehinggalah dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja pagi tadi (semalam).”

Demikian cerita, Yakkob Hashim, 49, bapa kepada, Norsazuliana Yakkob, 24, (gambar) yang dipercayai menjadi mangsa ragut sebelum dijumpai mati akibat terlanggar sebatang pokok di jalan Simpang Kuala di sini kira-kira pukul 7.15 pagi semalam.

“Malah saya lihat dalam dua tiga hari kebelakangan ini juga dia (Norsazuliana) sering mendiamkan diri sedangkan dia seorang kakak yang periang dan peramah sebelum ini,” kata Yakkob ketika ditemui Kosmo! di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Dalam kejadian itu, Norsazuliana seorang juruwang di pasar raya Tesco di sini dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Flat Polis Taman Tengku Husna, Jalan Tanjung Bendahara di sini.

Namun ketika sampai berhampiran jejambat Simpang Kuala-Alor Mengkudu mangsa dipercayai diragut sebelum dia tidak dapat mengawal motosikalnya lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan tersebut.

Yakkob yang juga seorang anggota polis berpangkat Sarjan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berkata, dia menerima berita mengenai kejadian itu melalui rakan sekerja anaknya pada pukul 7.30 pagi.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Kota Star, Inspektor Azhar Esa memberitahu, mangsa, Norsazuliana disahkan meninggal ditempat kejadian kerana mengalami kecederaan dalaman.

“Polis juga sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui punca kejadian tersebut,” tambahnya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: