Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2008

Istihar keluar Umno,itu sahaja cara berkesan untuk mengusir dia: Tun M

Ahli-ahli Umno digesa berani desak Abdullah undur

PETALING JAYA, 31 Mei (Hrkh) Ahli-ahli Umno perlu bertindak lebih berani untuk mendesak Perdana Menteri,Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dengan syarat mereka akan kembali kepada Umno jika kepimpinannya bertukar.

Demikian menurut Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebaik sahaja ditanya peserta tentang kredibiliti Umno pada hari ini sudah tidak relevan lagi.

Beliau berkata, ahli-ahli Umno tidak akan rugi apa-apa jika berani bertindak mendesak Abdullah Badawi meletak jawatan.

“Kalau ahli-ahli nak (keluar umno) dan tidak akan rugi apa-apa, dan istihar kami keluar Umno dengan syarat kalau umno tukar kepimpinan kami akan kembali kepada Umno, ini sahaja cara berkesan untuk mengusir dia (Abdullah Badawi),” katanya di hadapan hampir 1000 peserta yang mengikuti wacana ‘Suntikan Semangat Satria Tun Mahathir’ anjuran Minda Melayu Kreatif Kelab Cinta Amanah Melayu Arena PJS14 di sebuah hotel di Petaling Jaya pagi tadi.

Tegasnya, peletakan jawatan oleh Abdullah lebih berkesan jika wakil Rakyat Umno sanggup bertindak sedemikian seperti ahli Umno yang lain.

Dalam pada itu, Mahathir juga tidak percaya pada pemilihan Umno pada bulan Disember nanti yang akan berjalan secara telus.

“Kita tidak boleh harapkan kepada ketua-ketua bahagian kerana mereka mempunyai kepentingan tertentu.

“Nanti kalau saya sokong, saya tidak dapat itu..tidak dapat ini..,” katanya yang diikuti sorakan gemuruh oleh hadirin.

Sehubungan itu, beliau juga menegaskan tidak akan menubuhkan parti lain sebaik keluar Umno minggu lepas kerana jiwanya masih kepada Umno.

Berhubung soal kuasa yang diberikan kepada pemimpin tertinggi kerajaan, beliau berkata, kuasa itu tidak seharusnya diberikan kepada seorang sahaja dan apabila berlaku penyelewengan mereka sukar untuk memperbetulkan individu terbabit.

Ekoran itu, beliau menyarankan agar satu badan penasihat kepada Umno dan pemimpin kerajaan ditubuhkan.

Dua ahli panel yang turut berucap iaitu, bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Dato’ Ruhani Ahmad dan Exco Pemuda Umno Dato’ Sazmi Miah.

Sementara itu ketika ditanya pemberita dalam sidang media berhubung jawatannya dalam syarikat kerajaan, Mahathir menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatan dalam beberapa syarikat termasuklah sebagai penasihat Petronas dan Proton yang dipegangnya sejak berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Katanya, tidak ada sebab mengapa beliau perlu melepaskan jawatan yang tidak berkaitan dengan statusnya sebagai bukan lagi ahli Umno bahkan menyatakan beliau lebih suka dipecat.

Tambahnya, Tun Hussein Onn ketika itu bekas Perdana Menteri dan bukan ahli Umno terus memegang jawatan sebagai Pengerusi Petronas dan beberapa badan lain.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ismail Sabri Yaakob meminta Dato’ Mokhzani Mahathir yang mengumumkan keluar daripada Umno minggu lepas, supaya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) atas alasan jawatan itu adalah hak kerajaan.

Mokhzani pada 21 Mei lepas mengumumkan keluar daripada Umno untuk mengikut jejak bapanya yang keluar daripada Umno atas alasan tidak lagi yakin terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri.

Beliau mengumumkan keluar Umno tiga hari selepas Dr. Mahathir memutuskan untuk berbuat demikian. – mks.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: