Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2008

Ku Li tetap tanding meskipun Pak Lah berundur

Ku Li tetap tanding meskipun Pak Lah berundur


30-05-2008 11:35:55 PM

KOTA BAHARU:(Mstar) Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah tetap akan bertanding jawatan Presiden Umno meskipun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan untuk berundur sebelum pemilihan parti Disember ini.

“Saya menawarkan diri (untuk bertanding jawatan Presiden) bukan hanya kerana faktor Pak Lah (Abdullah) tetapi kerana keperluan untuk menyegarkan semula Umno dan mengembalikan arah tuju memandangkan masa depan (parti) kelihatan malap. Ia juga untuk menghidupkan usaha pembangunan negara,” katanya.

Beliau mengumumkan untuk bertanding jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

Bekas Naib Presiden Umno itu pernah mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden pada 1987 tetapi tewas.

Desas-desus kedengaran bahawa beliau tidak akan mencabar Abdullah jika mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kedudukannya kali ini.

Kata Tengku Razaleigh, kerusi presiden dan timbalan presiden lazimnya terbuka untuk rebutan apabila ada pemilihan parti.

Pemilihan parti sepatutnya diadakan tahun lalu tetapi ditangguhkan sehingga bulan Disember disebabkan pilihan raya umum ke-12.

Semasa berada di Kota Kinabalu minggu lalu, beliau telah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah supaya tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan presiden pada pemilihan Disember ini.

Ketika ditanya sama ada sesuai bagi Abdullah meletakkan jawatan sebelum Disember, Tengku Razaleigh memberitahu, beliau perlu tunggu dan lihat kerana bahagian-bahagian hanya akan mengadakan persidangan tahunan dan pemilihan pada Oktober ini. …more


Responses

  1. […] sebelum ini mengeluarkan kenyataan tetap akan menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno. Baca di sini dan di sini Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan memberi reaksi […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: