Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2008

Nargis Lebih Dahsyat Daripada Tsunami: Jemilah Mahmood

A village southeast of central Yangon on Friday. Paul Risley, a spokesman for the United Nations World Food Program, said, “all the food aid and equipment that we managed to get in has been confiscated.”Photo: Reuters
.

Nargis Lebih Dahsyat Daripada Tsunami

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — “Setiba di Yangon, anda tidak boleh melihat sepenuhnya kemusnahan yang berlaku.

Sudah tentu kelihatan bangunan yang rosak dan pokok-pokok tumbang, tetapi keadaan sebenar betapa dahsyatnya mala petaka, hanya boleh disaksikan apabila anda tiba di kawasan delta.

“Terbang di atas kawasan bencana, saya sedari betapa kesannya adalah lebih teruk daripada kejadian tsunami di Asia pada 2004, dengan begitu ramai orang yang mati, hilang tempat tinggal dan kawasan bencana yang begitu luas sehingga 35 kilometer di sesetengah tempat berbanding hanya lima atau enam kilometer semasa tsunami.”

Demikian gambaran yang diberikan oleh Datuk Jemilah Mahmood, Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy), yang merupakan antara pekerja bantuan pertama yang tiba di Delta Irrawaddy, Mynmar yang dilanda Taufan Nargis pada 2 dan 3 Mei lepas.

“Tetapi kawasan yang lain di delta yang sempat saya lawati termasuk bandar Labutta dan Mawlamyinegyun, keadaannya tidaklah begitu teruk.

Walaupun hospital terjejas, tetapi hospital yang saya lawati masih berfungsi,” kata Jemilah yang juga merupakan anggota Pasukan Penilaian dan Koordinasi Bencana Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDAC).

Pemerhatian beliau selama 12 hari di Myanmar dimuatkan dalam laman web Integrated Regional Information Network (IRIN).

Taufan Nargis mengakibatkan sekurang-kurangnya 134,000 orang mati atau hilang.

“Di Labutta dan Mawlamyinegyun yang terjejas teruk, anda boleh lihat banyak rumah yang musnah dan mereka yang hilang tempat tinggal di tempatkan di kem-kem, tetapi yang lebih teruk ialah ke selatan lagi.

“Di sini di kawasan luar bandar dan di kawasan yang lebih terpencil di delta yang masih tidak boleh dimasuki, wujudnya cabaran sebenar,” kata Jemilah.

Katanya hanya sedikit bantuan antarabangsa yang boleh disampaikan kepada penduduk.

“Ketika ini, tempat berteduh menjadi keperluan utama. Hujan sudah mula turun dan akan disusuli dengan musin tengkujuh.

Orang masih tinggal di dalam kem, sementara yang lain tinggal di rumah yang didirikan buat sementara atau di bangunan sekolah.

“Dan apabila sekolah di buka semula Jun ini, sudah tentu mereka terpaksa mencari tempat lain,” kata beliau.

Beliau berkata wujud juga masalah bekalan air minuman bersih, soal kebersihan, makanan dan penjagaan kesihatan, disertai dengan tekanan kepada masyrakat untuk segera turun semula ke ladang bagi menanam semula tanaman yang telah musnah. …more


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: