Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2008

‘Saya tidak jual isteri’

“Saya tak tergamak jual isteri sendiri.”

BAYAN LEPAS (Kosmo) –

Demikian luah Jaafar Noor (gambar kecil) apabila ada pihak yang mendakwa beliau sengaja menjual isterinya kepada sindiket mengedar dadah antarabangsa selepas Siti Aishah Hamid, 43, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Pakistan selepas didapati cuba membawa keluar heroin seberat 950 gram.

Kata Jaafar, 43, beliau terlalu sayangkan Siti Aishah sehingga sanggup membenarkannya melancong ke Singapura selepas dimaklumkan memenangi pakej melancong ke negara jiran itu.

“Tuduhan itu terlalu berat untuk saya terima kerana tak pernah terlintas di fikiran saya untuk berbuat demikian biarpun banyak halangan yang saya terima sepanjang tujuh tahun perkahwinan kami.

“Kerana sayang juga, saya mengikut isteri dan menetap di Perlis sehingga terpaksa meninggalkan ibu yang uzur di Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Aishah yang juga kurang upaya kerana menghidap masalah tulang rapuh atau SLE kini ditahan di Pusat Tahanan Wanita Karachi sejak 28 April lalu sementara menunggu perbicaraan.

Jaafar berkata, beliau dan isteri tidak memaklumkan kepada keluarga mentuanya tentang pakej melancong yang diterima itu kerana tidak mahu mereka bimbang pemergian isterinya ke sana seorang diri.

“Saya menyimpan pesanan isteri itu kerana tidak mahu bapa mentua dan abang ipar menghalang hasrat Aishah kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkannya berjalan jauh.

“Selain saya, anak saudara kami yang dijaga sejak berusia tiga tahun, Azitah, 8, yang amat rapat dengan Aishah turut bersedih dengan nasib yang dialami Mak Andaknya itu sehingga pernah pengsan di sekolah sebaik mengetahui penahanan isteri saya di Pakistan,” katanya.

Menurut Jaafar, beliau tidak sabar untuk pergi ke Karachi sekiranya ada pihak sanggup membantunya kerana terlalu rindukan Aishah dan risaukan kesihatannya yang terpaksa memakan ubat serta mendapatkan rawatan susulan penyakitnya. …more


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: