Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2008

Tajol: Kemana RM8Juta dibelanjakan?

Tajol mesti jelaskan kemana wang RM8Juta itu dibelanjakan dalam tempoh dua bulan sahaja sewaktu pilihanraya yang lalu

Kerajaan Perak  mahu kerajaan  yang  lepas,  Barisan Nasional  menjelaskan bagaimana RM8 juta dana pembangunan  bagi tahun ini dibelanjakan dalam tempoh tidak sampai 3 bulan.

Anggota exco kanan, Datuk Ngeh Koo Ham  berkata, kerajaan  Pakatan Rakyat  amat terkejut sekali terhadap  cara penggunaan dana, yang diperuntukan bagi projek-projek kecil telah di gunakan sebelum atau pada  8 Mac waktu kempen  pilihanraya yang baru lalu.

Dana tersebut, katanya , merupakan peruntukan  RM75,000  bagi setiap ahli dewan Barisan Nasional dengan tambahan  RM100,000  yang diberikan kepada  setiap ahli exco negeri.

“Rakyat mengesyakki dana tersebut telah digunakan dalam kempen pilihanraya yang lalu.”

“Kami belum menuduh mereka lagi, tetapi kami mahu mereka memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut,”  jelas Ngeh dalam satu sidang media semalam.

“Saya minta mantan MB Perak Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli dan lain-lain bekas anggota exco, yang kini menanggotai dewan undangan negeri, menjelaskan perkara tersebut untuk berlaku adil kepada rakyat,” katanya.

Mendesak supaya kerajaan yang lepas supaya menyenaraikan perbelanjaan, Ngeh berkata , ini adalah satu bukti kes penyalah urusan.

“Dana tesebut adalah peruntukan bagi tempuh sepanjang tahun, tetapi telah dibelanjakan dalam tempoh dua bulan. Adakah ianya digunakan bagi tujuan politik?”

Kerajaan yang lalu harus dengan segera menyatakan melalui media atau menulis kepada kerajaan negeri sekarang supaya rakyat mengetahui urusan perbelanjaan tersebut, katanya.

Oleh alhusseyn


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: