Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2008

Tindakan Ezam Lompat Parti Seperti Katak, Kata Dr Mahathir

Tindakan Ezam Lompat Parti Seperti Katak, Kata Dr Mahathir

31 Mei, 2008 18:58 PM

PETALING JAYA, 31 Mei (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor yang melompat masuk ke dalam Umno seperti katak.

Beliau berkata tidak mustahil tindakan Mohamad Ezam keluar masuk parti akan berulang kerana beliau pernah keluar Umno dan menyertai PKR dan kini keluar PKR dan menganggotai Umno semula.

Dr Mahathir berkata demikian pada program Suntikan Semangat Satria di sini Sabtu. Program itu antara lain menumpukan perkara berkaitan pembangunan semangat golongan Melayu selain permasalahan yang dihadapi Umno kini.

Program itu turut dihadiri Exco Pemuda Umno Datuk Sazmi Miah, anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Datuk Ruhanie Ahmad.

Dr Mahathir juga berpendapat permohonan kemasukan semula Mohamad Ezam ke dalam Umno kali ini merupakan “batu loncatan” terhadap Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin menyertai Umno semula.

“Anwar menggunakan Ezam untuk menyertai Umno semula kerana dia (Anwar) sedar satu cara yang dia boleh jadi Perdana Menteri ialah dengan disokong oleh Umno.

“Dari situ apa juga cara untuk mendapatkan sokongan Umno akan diusahakan oleh Anwar. Sebab itu kena berhati-hati apabila Ezam lompat masuk dalam Umno di waktu ini,” katanya.

Mengenai anaknya, Datuk Mukhriz, yang kini dilihat semakin lantang bersuara, Dr Mahathir berkata: “Kalau dahulu ahli politik boleh mengkritik, kenapa sekarang tidak boleh?”

Beliau juga enggan mengulas panjang kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menggesa seorang lagi anaknya, Datuk Mokhzani supaya meletak jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC).

“Kalau saya di tempatnya (Mokhzani), saya tidak akan meletak jawatan. Saya akan melepaskan jawatan sekiranya saya nak berbuat begitu, tanpa paksaan kerana saya lebih suka ‘ditendang’,” katanya.

— BERNAMA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: