Posted by: pinkturtle2 | Jun 1, 2008

Pertahan PM pun Kena Tindakan ?

Pertahan PM: Zaid hairan dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR 31 Mei (Utusan Malaysia) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim hairan mengapa UMNO mahu mengenakan tindakan terhadapnya hanya kerana beliau bertindak mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada dikritik.

Katanya, sejak empat tahun lalu, Perdana Menteri telah dikritik, dihentam dan dihina secara peribadi, tetapi hari ini menjadi satu kesalahan jika ada pihak yang ingin membelanya.

Menurut Zaid, Abdullah telah berusaha membina dasar-dasar kerajaan yang murni, oleh itu tidak salah jika membelanya daripada dikritik.

“Sesiapa yang membela Perdana Menteri dan dasar-dasar kerajaan ke arah melakukan perubahan untuk kebaikan rakyat dan negara tidak perlu takut.

“Kerajaan perlu tegas dan tetap akan melaksanakan perubahan kerana kita akur kepada kehendak rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pesta Kelantan 2008 dan Semarak Seni di Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam, bahawa Zaid akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin kerana didakwa menyalahi pekeliling yang diedarkan oleh ibu pejabat parti, yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar UMNO.

Turut akan dikenakan tindakan sama ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Zaid menegaskan, mereka yang menentang dan tidak boleh menerima perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri ialah golongan yang mengikut peraturan, pemikiran dan budaya politik lama.

Ditanya siapa yang menentang dasar Abdullah itu, Zaid berkata: “Kita fikir sendirilah, tak kan susah sangat, bukannya sains roket.”

Dalam pada itu, beliau menyeru agar rakyat di seluruh negara bekerjasama untuk menyokong dan membina perubahan yang dilaksanakan oleh Abdullah.

“Pendapat peribadi saya terhadap Perdana Menteri ialah beliau hendak melakukan perubahan bagi memperbaiki kelemahan dalam sistem perundangan dan kehakiman di negara kita.

“Jadi, kita perlu menyokong dan memahaminya sebelum mengkritik kerana tiada sesiapa yang boleh menghalang perubahan itu daripada berlaku,” tegasnya.

Mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya itu, beliau hanya berkata: “Saya tidak ada komen dan tidak faham mengenainya.”

“Saya hanya memperkatakan soal peraturan dalam Dewan Rakyat kerana di negara-negara lain pun ada peraturan yang sama.

“Barisan Nasional (BN) ada Ketua Whip dan Ketua Pembangkang pun ada Ketua Whip mereka. Tindakan yang saya maksudkan yang perlu diambil ialah berasaskan laporan parti di Parlimen.”

Menurut Zaid, Ahli Parlimen perlu mengikut peraturan ketika berada dalam Parlimen, mematuhi dasar parti dan akur kepada ketua jika menganggotai parti komponen kerajaan dan wakil pembangkang pula perlu akur kepada ketua mereka


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: