Posted by: pinkturtle2 | Jun 1, 2008

Ustaz Ahmad Awang selamat dalam kemalangan

SYUKUR & TERIMA KASIH

Firman Allah bermaksud: Katakanlah, “Sekali-kali tidak akan menimpa kami, melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman mesti bertawakkal.” (At-Taubah:51)

Alhamdulillah saya dan isteri serta dua orang anak terselamat apabila kereta yang dipandu isteri terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan, kilometer 315 kira-kira jam 4.30 petang Khamis kelmarin.

Kejadian berlaku dalam keadaan hujan renyai-renyai ketika saya dalam perjalanan ke Ipoh untuk menghadiri mesyuarat di pejabat Badan Perhubungan PAS negeri. Kereta kami terlibat dalam kemalangan apabila sebuah kereta di hadapan kami berlanggar dengan sebuah kereta lain kemudian terbabas dan menggeseli sebuah treler, lalu menghalang laluan kami, menyebabkan kami tidak dapat mengelak dan terus melanggar kereta tersebut.

Kereta kami mengalami kerosakan teruk dan kini berada di Balai Polis Trafik Tapah. Kami bersyukur tiada kecederaan berat yang kami alami walaupun isteri saya mengalami sedikit lebam dan bengkak-bengkak di bahagian lengan dan belakang akibat hentakan yang kuat ketika merempuh kereta berkenaan. Saya juga mengalami sakit-sakit di bahagian tengkuk, bahu serta rusuk.

Saya dan keluarga berterima kasih dan mengucapkan Jazakumullahu khairan khathira kepada sahabat-sahabat yang terlibat membantu kami terutamanya saudara Asri dari Jabatan Kastam Di Raja Ipoh yang menumpangkan kami dari tempat kemalangan dan menghantar kami ke ibu pejabat PAS Perak. Terima kasih juga kepada Dr Khairuddin b Dato’ Abd Malek (TPJ PAS Perak) yang memberi rawatan segera kepada kami dan juga kepada Dr Azmi Zainoon dari Taiping yang menyediakan kenderaan untuk membawa kami balik ke Semanggol serta membekalkan lagi ubat-ubat untuk rawatan lanjut kami dan anak-anak.

Terima kasih juga diucapkan kepada Tn Hj Abd Rahim Arif (S/U BPPN) yang menguruskan pengangkutan isteri saya pergi dan balik ke Balai Polis Trafik Tapah untuk membuat laporan polis mengenai kemalangan. Tidak ketinggalan juga diucapkan terima kasih kepada pegawai polis trafik yang bertugas pada malam tersebut kerana memudah dan mempercepatkan urusan membuat laporan berkenaan.

Kepada sahabat-sahabat dari ahli PAS Gopeng dan Tapah serta juga anggota Unit Amal yang datang ke Balai Polis Tapah, diucapkan juga setinggi penghargaan dan saya memohon maaf kepada mereka, kerana tidak dapat hadir ke balai polis pada malam itu kerana dinasihatkan oleh doktor supaya berehat. Kemalangan ini agak mengerikan kerana dalam tempoh hampir 10 tahun kami berulang-alik ke Perak, kadang-kadang seminggu 2 atau 3 kali, inilah kali pertama kami menerima musibah. Mudah-mudahan dengan doa sahabat-sahabat dan doa kami sekeluarga dalam usaha meneruskan perjuangan kerana Allah SWT.

http://usahmadawang.blogspot.com


Responses

  1. […] Haji Ahmad Awang yang terlibat dalam kemalangan pada 29 Mei  2008 (sumber  blog Pinkturtle di sini ) Possibly related posts: (automatically generated)Ahmad Awang tolak semua […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: