Posted by: pinkturtle2 | Jun 2, 2008

Lima mati tersepit dalam van, kereta bertembung

BANDAR JENGKA – Lima orang mati tersepit dalam dua buah kenderaan yang bertembung manakala enam lagi cedera parah dalam kemalangan ngeri di selekoh maut di Kilometer 20, Jalan Kampung Awah-Bandar Jengka pukul 10.50 malam kelmarin.

Mangsa yang maut ialah tiga beradik yang menaiki kereta Proton Wira, Hamdan Yusuf, 27, Mohd. Sabri, 23, dan Nur Aznira, 16; manakala dua lagi, pemandu van terbabit, Syamsul Arifin Mohd. Yasin, 35, dan anaknya Norizzati, 10, yang menaiki van sama.

Tunang kepada Hamdan, Nurjatul Nurulwahidah Abdullah, 26, yang tercampak ke jalan raya dan lima penumpang van kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Lima penumpang van berkenaan ialah isteri Syamsul Arifin, Junaidah Mohd. Said, 31, anaknya, Noraina, 13, dan tiga beradik saudara mereka iaitu Mazran Basiron, 22, Mazuan, 13, serta Mazra, 7.

Pegawai Penjaga Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Jengka, Yaacob Abdullah berkata, kemalangan itu berlaku di salah satu sele- koh bahaya antara Felda Jengka 16 dengan Felda Jengka 20.

“Rempuhan kuat dua kenderaan itu menyebabkan tiga orang yang menaiki Proton Wira tersepit di tempat duduk, mati di

tempat kejadian dan dua lagi tersepit di dalam van, juga mati sebaik tiba di Hospital Bandar Jengka,” katanya.

Menurutnya, kereta yang dipandu Hamdan dari Kuala Lumpur dikatakan menuju pulang ke Kampung Labu, Tembeling Tengah, Jerantut manakala van yang dipandu Syamsul Ariffin menghala ke Kampung Awah di sini untuk balik ke rumahnya di Taman Setia Jasa, Temerloh.

http://kosmo.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: