Posted by: pinkturtle2 | Jun 3, 2008

Mourinho Sah milik Inter

.

Mourinho Sah milik Inter

MILAN – Jose Mourinho akhirnya sah menjadi milik kelab Itali, Inter Milan.

Menurut kenyataan Inter, bekas pengurus Chelsea tersebut akan membimbing juara Serie A itu bagi tempoh tiga tahun.

Mourinho menggantikan tempat Roberto Mancini yang dipecat Khamis lalu, 11 hari selepas dia membantu Inter merangkul kejuaraan Serie A buat musim ketiga berturut-turut.

“F.C. Internazionale mengumumkan kehadiran Jose Mourinho sebagai pengurus baru.

“Jurulatih kelahiran Portugal ini telah menandatangani kontrak selama tiga tahun,” lapor Inter menerusi laman web rasminya, http://www.inter.it.

Bagaimanapun laporan tersebut tidak menyatakan jumlah gaji yang akan diterima Mourinho.

Akhbar La Gazzetta dello Sport pula melaporkan bahawa Mourinho dijangka menerima 9 juta euro (RM45 juta) semusim.

Mourinho tidak mengendali mana-mana kelab sejak September tahun lalu selepas dia meninggalkan Chelsea ekoran hubungannya yang dilaporkan ‘panas’ dengan pemilik The blues, Roman Abramovich.

Sebelum ini, dia berjaya membimbing Chelsea muncul juara Liga Perdana England bagi musim 2005 dan 2006.

Mourinho turut membantu Porto muncul juara Piala UEFA dan Liga Juara-Juara masing-masing pada musim 2003 dan 2004.

Media Itali turut melaporkan bahawa pemain tengah Chelsea, Frank Lampard serta Michael Essien selain dua bintang Barcelona, Deco dan Samuel Eto’o merupakan antara pemain yang menjadi sasaran Mourinho.

Laporan turut menyebut bahawa Mourinho bakal membawa masuk bekas pembantunya di Chelsea, Rui Farias, Silvino dan Andrei Villas Boas bagi membantunya selain bekas pemain kebangsaan Itali, Giuseppe Baresi sebagai pembantunya nanti. – Reuters

http://kosmo.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: