Posted by: pinkturtle2 | Jun 3, 2008

Sayur Yang Dibuang Dalam Tong Sampah Dijual Semula

.

Peniaga Myanmar tunjuk belang

SELAYANG: Walaupun baru diserbu lima hari lalu, peniaga haram warga Myanmar yang menjajah Pasar Borong Selayang di sini, kembali ‘garang’ apabila mengacukan pisau ke arah seorang pemandu kereta yang tidak sengaja melanggar barang jualan mereka.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, seorang peniaga Myanmar dikatakan menunjukkan pisau pemotong sayur kepada seorang kerani sebuah syarikat pencetakan yang ketika itu melalui kawasan tepi pasar borong untuk menuju tempat kerja.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 25, berkata ketika itu dia memandu Perodua Kancil cuba melepasi kawasan pasar berkenaan yang sesak dengan peniaga terbabit di bahu jalan.

Menurutnya, dia tidak sengaja terlanggar bakul jualan milik peniaga terbabit menyebabkan ia terbalik.

“Saya tidak sengaja, namun lelaki Myanmar berusia 30-an itu mengetuk cermin tingkap saya sambil menunjukkan pisau.

“Tindakannya benar-benar memeranjatkan saya kerana kesalahan itu berpunca daripada tindakan mereka sendiri yang menghadang laluan jalan dengan meletakkan pelbagai jenis sayur di bahu jalan sehingga menyebabkan jalan raya sesak,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana pantas beredar dari kawasan itu walaupun cermin keretanya diketuk.

Sementara itu, seorang peniaga tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Bakri, 41, bimbang dengan kemunculan kumpulan peniaga samseng warga Myanmar itu yang terus bermaharajalela walaupun operasi besar-besaran sudah dilakukan minggu lalu.

Menurutnya, dalam operasi malam Sabtu lalu, lebih 500 warga Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah diberkas Rela dan Jabatan Imigresen.

“Namun, saya pelik bagaimana bilangan mereka langsung tidak menunjukkan tanda berkurangan, malah semakin berani berniaga secara terbuka,” katanya.

Bakri berkata, kehadiran pendatang asing itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas kerana mereka menghalang kenderaan keluar masuk dengan meletakkan barang jualan di atas jalan dengan beralaskan raga dan plastik nipis. …more

http://www.hmetro.com.myl


Responses

  1. Tertipu ?

    Menarik !
    Umpama bayi yang dibuang ke dalam tong sampah ! Adakah bayi itu automatik menjadi ” sampah ” hanya kerana ianya dibuang ke dalam tong sampah ?

    Sayur pun sama juga !
    Kalaulah sayur itu buruk, masakan ada yang mahu membeli ? Ini bermakna sayur itu tidak buruk bahkan masih bagus lagi ! Gara gara kerana orang kita terlampau bermewah, sampaikan yang bagus pun tak sayang dibuang ! Lebih lebih lagi dalam keadaan dunia ketandusan makanan sekarang !

    Saya teringat satu masa dulu ketika bekalan ayam di pasaran berlebihan dan pembela ayam mahu membunuh anak ayam kerana tak mahu harga ayam jatuh. Mungkin sama jugak dengan kisah sayur yang dibuang ini ….. gara gara peniaga tak mahu lambakan sayur di pasaran menyebabkan harga jatuh ! Inilah semangat kapitalis jati ! Lebih memikirkan untung berbanding nilai kemanusiaan dan kasih kepada alam sekitar.

    Tindakan si Myanmar mungkin jelek ..

    tapi sedikit sebanyak mengajak kita berfikir, sejauh mana kita sebenarnya bersyukur ?

    Yang penting, mereka tidak mencuri …

    …. hanya memanfaatkan apa yang sepatutnya benar benar dimanfaat !


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: