Posted by: pinkturtle2 | Jun 3, 2008

Tragedi perkelahan keluarga

Suami, anak mati depan mata, satu kritikal akibat lemas


TINGGAL KENANGAN: Zuraimi (kiri), dan Muhammad Farid (kanan) lemas,

manakala Iffah Zafirah (tengah) kini dirawat di ICU di HRPZ 11.

.

Tragedi perkelahan keluarga

BACHOK – “Saya tak mampu selamatkan suami dan anak yang mati depan mata”.
Itulah luahan Badariah Abdul Ghani, 39, selepas suami, Zuraimi Mohammad, 39, dan anak lelakinya, Mohamad Farid, 14, maut akibat lemas di Pantai Seri Telong semalam.

Mereka sekeluarga datang ke pantai tersebut buat pertama kalinya untuk berkelah atas permintaan anak-anak yang ingin memenuhi masa lapang cuti sekolah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, ketika Badariah dan suaminya sedang menjamu selera, dua daripada lima anak mereka iaitu Mohamad Farid dan Iffah Zafirah, 16, yang sedang mandi tiba-tiba dilihat terkapai-kapai di dalam air.

“Suami saya terus terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan mereka dan saya hanya mampu menjerit meminta tolong.

“Saya menggigil takut sebab tak pandai berenang untuk bantu suami,” katanya sedih.

Tambahnya, dengan bantuan orang ramai, suami dan anak-anaknya berjaya dinaikkan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Malangnya, suami dan anaknya, Mohamad Farid disahkan meninggal dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Bachok sementara Iffah Zafirah pula dalam keadaan kritikal.

“Hancur hati saya waktu itu kerana jika saya pandai berenang, mungkin mereka dapat diselamatkan,” ujarnya sambil mengesat air mata.

http://kosmo.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: