Posted by: pinkturtle2 | Jun 4, 2008

Beego didakwa ugut isteri, keluarga mentua

Beego didakwa ugut isteri, keluarga mentua

KUALA LUMPUR – “Dia kata lebih rela tengok saya mati,” kata isteri pelakon dan penyanyi Beego di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Malah Beego turut didakwa mengancam isteri dan keluarga mentuanya sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan mereka.

Menurut Intan Shahira Mohd. Shahru, 28, dia juga mengharapkan perceraian kerana suaminya itu telah menjatuhkan maruah dia dan keluarganya.

“Bagaimana hendak teruskan perkahwinan jika dalam surat khabar dia kata hendakkan saya tetapi tidak mahu keluarga saya langsung,” tegas Intan yang memberi keterangan dalam perbicaraan menuntut fasakh yang dibuat terhadap Beego (defendan) atau nama sebenarnya Mohd. Aszerul Nizam Abdullah, 28.

Sebelum itu, Intan yang bertindak selaku plaintif berkata, defendan pernah menelefonnya dan memberitahu, “Dia lebih rela tengok saya mati.”

“Dia juga berkata ‘cuba bayangkan kalau keesokan hari apabila awak bangun, ibu bapa sudah tiada’ serta akan buat sesuatu sehingga adik saya di Australia pulang ke Malaysia dan membalas dendam terhadapnya,” katanya semasa menjawab soalan peguam syarie, Marlina Amir Hamzah. …more

http://kosmo.com.my


Responses

  1. Inilah dunia perkahwinan sekarang, berkahwin bukan kerana ALLAH. Sisuami tidak dapat membimbing isteri menjadi isteri solehah. Siisteri pula tidak taat kepada suami kerana keluarga dan dugaan dunia. Inilah salah satunya akibat dari tuntutan perempuan mahu disamakan dengan lelaki. Akhirnya lelaki mahu perempuan menjadi ketua rumah walaupun tahu siperempuan itu dijadikan hanya dari tulang rusuk yang lembut dari lelaki. Siperempuan lupa dia seorang isteri dan silelaki lupa dia seorang khalifah keluarganya.

  2. Sekarang,lelaki kawin kerna ingin sekadar nk test “equipment”, bukan kerna tanggungjwb terhadap agama, keluarga dan maruah diri. jka niat nk kawin dh salah, maka setiap langkah & tuturkata dari suami adalah bara pada minyak yg sediada dlm mulut si suami tersebut.Maka perjalanan hidup bagi suami tersebut akan gagal sepanjang hidup nya. jika dia bernikah lagi, maka satu lagi kegagalan akan menanti pada bakal isteri baru terebut pula. oleh itu, di nasihatkn so BEEGO ni, perbaiki diri dgn ilmu dunia & agama. walaupun jodoh & pertemuan ditangan allah, tapi hakikatnya, kita manusia diberi akal fikiran untuk membuat pilihan. pilih jodoh yg kaya – wang &juga ilmu agar senang hidupmu walaupun bakal jodoh tu tua. Ikutlah jejak Nabi Rasul kita (SAW), walaupun dipilih janda, tapi tiada anak dan kaya raya pula. Wasalam.

  3. woi kay…komen tu elok2 sikit.
    baca dulu sirah nabi jgn sedap je ko wat kenyataan merapu kat sini


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: