Posted by: pinkturtle2 | Jun 4, 2008

Ibu tunggal tuntut nafkah anak RM38,000

ROSMAWATI menunjukkan surat mahkamah yang memerintahkan bekas suaminya

membayar nafkah lima anak mereka di rumahnya semalam.

.

Ibu tunggal tuntut nafkah anak RM38,000

KUALA LUMPUR – “Saya tuntut nafkah daripada bekas suami untuk kebajikan anak-anak yang hidup dalam serba kekurangan”
Begitulah luahan ibu kepada lima orang anak, Rosmawati Karia, 45, yang menuntut nafkah sebanyak RM38,000 iaitu jumlah nafkah selama tiga tahun yang tidak pernah diberikan bekas suaminya sejak mereka bercerai.

Bekas suaminya bekerja sendiri selepas bersara daripada polis kini sudah berkahwin lain hanya memberi saguhati sebanyak RM200 selama dua kali setahun sahaja.

“Tidak tahu bagaimana lagi untuk saya menuntut hak anak-anak sebanyak RM800 sebulan sebenarnya seperti perintah mahkamah tapi dia (bekas suami) mengabaikan semuanya termasuk anak-anak.

“Bayaran nafkah bulanan adalah di atas persetujuan dirinya ketika di mahkamah dulu,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Pandan, semalam.

Ujar Rosmawati, biarpun telah tiga tahun kes perceraian kini, dia tidak putus asa untuk mendapatkan nafkah anak-anaknya kerana mereka sangat memerlukannya.

“Anak-anak semua bersekolah dan memerlukan duit yang banyak. Kerap kali mereka lewat membayar yuran dan kadang-kadang hanya membawa air masak ke sekolah.

“Anak yang sulung pula tidak mahu meneruskan pelajarannya di sebuah universiti tempatan kerana ingin membantu mencari wang untuk persekolahan adik-adiknya,” jelas Rosmawati.

Jelas ibu tunggal ini, setelah bercerai, dia dan anak-anaknya hidup mengharapkan belas kasihan adik beradiknya serta saudara yang sudi membantu.

Malah katanya, beliau hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan termasuk RM300 daripada Baitulmal untuk menanggung anak-anaknya.

“Apa yang saya nak minta kini ialah bekas suami memberi nafkah kepada anak-anaknya ini dan kerana mereka adalah tanggungjawabnya,” ujarnya.

http://kosmo.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: