Posted by: pinkturtle2 | Jun 4, 2008

Yunus mahu cabar Rais Yatim

Yunus mahu cabar Rais

SEREMBAN: Timbalan Ketua Umno Jelebu, Datuk Yunus Rahmat, semalam mengumumkan untuk mencabar ketua bahagian itu, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada pemilihan yang dijadualkan dari 9 Oktober hingga 9 November depan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, berkata keputusan itu dibuat atas kesedaran untuk berkhidmat dan menabur jasa dengan lebih berkesan, terutama kepada rakyat, khususnya di Jelebu.

“Saya juga membuat keputusan ini selepas menerima pandangan, maklum balas dan nasihat rakan dalam Umno bahagian, di samping menerima sokongan ahli dan pemimpin peringkat cawangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Yunus berkata pada masa sama, beliau menyatakan sokongan penuh kepada Speaker Dewan Undangan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pertang, Datuk Razak Mansor bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian.

Katanya, beliau dan Razak juga akan bergandingan dengan seorang lagi calon dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui untuk bertanding jawatan Naib Ketua bahagian.

Yunus yang pernah menjadi Ahli Parlimen Jelebu 1995-1999 yakin gandingan itu mampu membawa perubahan yang sangat diinginkan oleh ahli peringkat akar umbi.

http://www.bharian.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: