Posted by: pinkturtle2 | Jun 6, 2008

Pakar bom kuari Dipercayai Mati tertimbus

DI KUARI inilah runtuhan batu berlaku dan menimbuskan Kan Lun pagi semalam.

.

Pakar bom kuari tertimbus

IPOH – “Dia dihempap longgokan batu yang runtuh dari atas bukit dan tertimbus depan mata saya”.

Itulah kata Chin Chan Heng, 47, rakan setugas pakar bahan letupan, Wong Koh Lun, 68, yang dikhuatiri maut akibat ditimpa bongkah batu kapur di puncak bukit setinggi 50 meter di Kramat Pulai pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Wong Koh Lun, 68, dikatakan sedang mengosongkan air yang bertakung dalam sebuah lubang sedalam 1.5 meter untuk diisi dengan bahan letupan.

Menurut Chan Heng (gambar kecil), 47, semasa kejadian, dia dan mangsa berada pada ketinggian 30 meter di tengah-tengah bukit batu kapur berkenaan untuk melakukan kerja-kerja menyedut air sebelum memulakan kerja meletupkan batu.

“Belum pun kami memulakan kerja menyedut air itu tiba-tiba beberapa ketulan batu tiba-tiba runtuh dari bukit berkenaan dan saya sempat melarikan diri.

“Bagaimanapun Koh Lun tidak sempat melarikan diri dan saya nampak dia dihempap batu-batu berkenaan di depan mata,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Akibat runtuhan itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux milik Koh Lan dan sebuah jentera berat yang diletakkan di bawah bukit turut musnah dihempap bongkah batu kapur tersebut.

Anak sulung mangsa, Wong Yen Chong, 34, yang tiba sejurus dimaklumkan mengenai kejadian itu memberitahu, bapanya telah terlibat dalam pekerjaan tersebut sejak 40 tahun lalu.

“Kebiasaannya bapa akan pulang ke rumah sekitar pukul 12 tengah hari setiap hari selepas selesai menyiapkan kerja meletup bongkah batu kapur di sini,” katanya.

Turut berada di tempat kejadian ialah isteri mangsa, Siu Ah Fong, 60, dan dua lagi anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira lima minit selepas bongkah berkenaan menghempap mangsa.

Katanya, Kok Lun tertimbus di bawah runtuhan batu dan usaha mencari giat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan unit anjing pengesan K-9 Polis Diraja Malaysia.

Sehingga lewat petang semalam, mayat mangsa masih gagal dikeluarkan dan masih tertimbus di tempat kejadian.

http://kosmo.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: