Posted by: pinkturtle2 | Jun 7, 2008

Akibat Kenaikan Harga Minyak,Dua Rentung Terbakar

RENTUNG…mayat seorang mangsa diusung
selepas dikeluarkan dari kenderaan

2 rentung kerana petrol

GUA MUSANG: Seorang peniaga runcit yang dalam perjalanan pulang selepas membeli bekalan petrol sebelum harga baru dikuatkuasa tengah malam kelmarin rentung apabila lori dipandunya terbakar selepas bertembung dengan sebuah van syarikat penghantaran ekspres.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Kilometer 24.7, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Ab Rahman Mamat, 61, gagal menyelamatkan diri apabila terperangkap di tempat duduk pemandu selepas lori dipandunya terbakar.

Orang ramai tidak sempat menyelamatkan mangsa kerana api merebak terlalu cepat berikutan lori itu membawa beberapa tong berisi petrol yang baru dibeli mangsa.

Pemandu van syarikat penghantaran ekspres itu, Zainudin Ab Wahab, 28, dari Jeli, turut rentung.

Kemalangan itu turut mengakibatkan dua lagi kenderaan iaitu sebuah kereta dinaiki empat lelaki dan sebuah motosikal dari arah Bandar Ciku ke Gua Musang hangus.

Kedua-duanya tidak sempat mengelak daripada merempuh kenderaan terbakar itu.

Ini menyebabkan tiga daripada empat lelaki yang menaiki kereta itu cedera dan dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM).

Anak lelaki Ab Rahman, Mohd Azrin, 19, berkata sebelum kejadian ngeri itu, arwah memberitahu, mahu keluar membeli bekalan petrol untuk kedai runcit berikutan pengumuman kenaikan harga bahan api itu menjelang tengah malam hari kejadian.

Katanya, arwah bergegas ke stesen minyak di Gua Musang kerana mahu mendapatkan harga lama sebelum harga baru dikuatkuasakan menjelang tengah malam.

“Saya terkejut apabila beberapa jiran memberitahu bapa terbabit kemalangan dan lori dipandunya terbakar menyebabkan saya terus ke tempat kejadian.

“Saya 11 beradik sangat sedih dengan kehilangan arwah kerana kami memang bergantung kepada hasil pendapatan bapa selepas kematian ibu beberapa tahun lalu.

“Dia dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran rumah selepas jenazahnya selesai dibedah siasat,” katanya yang tidak dapat berbual panjang kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata pemandu lori itu yang membawa beberapa tong petrol dalam perjalanan dari bandar itu ke Ciku Tiga dipercayai gagal mengawal kenderaannya.

Menurutnya, ini dipercayai berlaku ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah van syarikat penghantaran ekspres itu.

Dua lagi kenderaan kemudian merempuh kedua-duanya yang sedang terbakar.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa yang rentung itu dibawa keluar anggota Bomba dan Penyelamat sebaik api dipadamkan.

Jenazah dihantar ke HGM untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Difahamkan motosikal yang hangus itu tidak diketahui pemiliknya dan polis sedang mengesan penunggangnya.

http://www.hmetro.com.my


Responses

  1. Incredible all kinds of beneficial data.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: