Posted by: pinkturtle2 | Jun 10, 2008

Bayaran rebat tunai RM625 kepada pemilik kenderaan Sabtu ini

Rebat dibayar Sabtu – Bayaran RM625 boleh ditunaikan16 hari lebih awal

PUTRAJAYA 9 Jun – Bayaran rebat tunai RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000cc yang memperbaharui cukai jalan boleh dituntut di pejabat pos mulai Sabtu ini – 16 hari lebih awal daripada tarikh asal pembayaran, yang sebelum ini ditetapkan pada 1 Julai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah mempercepatkan bayaran itu bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

“Pemilik kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan pada bulan April dan Mei lalu boleh mendapatkan bayaran tersebut pada Sabtu ini, di mana-mana pejabat pos.

“Maklumat terperinci mengenai prosedur berkaitan perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Membanteras Inflasi di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Dalam langkah penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan 4 Jun lalu, kerajaan memperkenalkan b ayaran rebat RM625 yang diberikan kepada pemilik kenderaan yang layak bagi mengimbangi kenaikan harga petrol dan diesel yang dinaikkan kepada RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.

Bayaran RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc.

Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun.

Bayaran tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan.

Bayaran tersebut meliputi kenderaan yang cukai jalannya diperbaharui antara 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, selaras dengan keputusan kerajaan mengawal perbelanjaan awam, pemotongan sebanyak 10 peratus akan dikenakan ke atas Objek Am 20000 (Perkhidmatan dan Bekalan) dan Objek Am 30000 (Aset) di bawah Perbelanjaan Mengurus 2008.

Pada sidang akhbar hari ini, Abdullah menghuraikan secara terperinci langkah-langkah untuk menangani kenaikan harga petrol dan diesel termasuk memperketatkan perbelanjaan kerajaan.

Katanya, sebahagian besar perbelanjaan melibatkan aktiviti promosi dan kempen juga akan dipotong dengan jumlah sebenar ditentukan oleh Perbendaharaan.

Beliau berkata, pengwujudan jawatan baru perkhidmatan awam dibekukan kecuali jawatan kritikal yang membabitkan secara langsung bidang pendidikan, kesihatan dan penguatkuasaan.

Langkah tersebut, kata Perdana Menteri, juga membabitkan jawatan kritikal yang memberikan perkhidmatan kepada orang ramai khususnya bagi projek-projek yang telah siap seperti sekolah, hospital, klinik, balai polis serta jawatan yang secara langsung dapat menambah kutipan hasil negara. …more

http://www.utusan.com.my

Hapuskan cukai perkhidmatan, kerajaan di restoran

KUALA LUMPUR 9 Jun – Kerajaan disaran menghapuskan cukai perkhidmatan dan cukai kerajaan sebanyak lima peratus yang dikenakan ke atas kedai makan dan restoran.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU), Mustafar Maarof berkata, kedua-dua cukai itu membebankan rakyat.

Ketika dihubungi di sini hari ini, beliau berkata, dalam keadaan harga minyak yang melambung sekarang, rakyat menanggung kos sara hidup yang tinggi dan pengenaan cukai tersebut menambahkan lagi beban mereka.

“Kedua-dua cukai perkhidmatan dan kerajaan itu jika dicampur berjumlah 10 peratus dan ia menyebabkan harga makanan di restoran mahal sehingga memberi kesan terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Mustafar memberikan contoh, makanan yang berharga RM45 di restoran akan dikenakan cukai sebanyak RM4.50 iaitu 10 peratus menyebabkan pengguna terpaksa membayar RM49.50.

Tegasnya: “Kadar cukai itu agak membebankan.”

Beliau mempersoalkan adakah cukai perkhidmatan dan cukai kerajaan yang dibayar oleh pengguna itu sampai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan mengadakan dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk dengan kesatuan sekerja bagi membincangkan penyelesaian terbaik dalam menghadapi kenaikan harga barang-barang keperluan.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman pula mencadangkan supaya kerajaan menangguhkan pengenaan cukai perkhidmatan dan cukai kerajaan ke atas kedai makan dan restoran memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

“Kerajaan boleh menimbangkan semula pelaksanaan cukai tersebut apabila ekonomi negara kembali pulih,” katanya.

Pada 4 Jun lalu, kerajaan telah meningkatkan perolehan jualan tahunan restoran di luar hotel yang dikenakan cukai perkhidmatan.

Dalam usaha untuk meringankan beban rakyat ekoran kenaikan harga bahan api, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan perolehan jualan tahunan restoran itu ditingkatkan daripada RM500,000 kepada RM3 juta.

http://www.utusan.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: