Posted by: pinkturtle2 | Jun 18, 2008

Terengganu tarik balik saman terhadap kerajaan Pusat dan Petronas

Terengganu tarik balik saman terhadap kerajaan Pusat dan Petronas

18-06-2008 05:22:52 PM

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu akan menarik balik saman terhadap kerajaan Persekutuan dan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berhubung tuntutan supaya mengembalikan royalti minyak kepada negeri itu, yang dibuat tujuh tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan berbuat demikian selepas menerima surat rasmi daripada kerajaan Persekutuan berhubung penyerahan semula royalti itu.

“Sebelum ini kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) untuk mendapatkan semula royalti minyak dan syukur ia menjadi kenyataan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, Rabu.

Sabtu lepas, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju mengembalikan sepenuhnya hak pengurusan royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu yang ditarik balik sejak 2000.

Abdullah ketika mengumumkan keputusan itu berkata penyerahan semula royalti itu akan dibuat sebaik sahaja perincian mengenai perkara itu termasuk prosedur penyerahan ditetapkan dengan kerajaan negeri Terengganu.

Sebelum ini, Ahmad meminta kerajaan Persekutuan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan Terengganu bagi digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan rakyat.

Hak pengurusan royalti minyak itu yang dianggarkan sebanyak RM1 bilion setahun ditarik balik pada 2000 ketika PAS memerintah Terengganu.

Sehubungan itu, kerajaan PAS Terengganu pada 8 Mac 2001 menyaman Petronas dan kerajaan Persekutuan bagi menuntut ganti rugi kerana didakwa memungkiri perjanjian dan gagal menjelaskan pembayaran tunai royalti minyak yang dihentikan sejak September 2001.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata kerajaan negeri akan menghantar wakil bagi mengadakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan terutama Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcob berhubung pengembalian wang royalti itu, dalam tempoh terdekat.

“Menteri Kewangan Kedua pernah memberitahu kepada kerajaan negeri bahawa perbincangan mengenai isu itu akan diadakan dalam tempoh dua minggu ini.

“Perbincangan ini penting untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan dengan royalti minyak yang akan dikembalikan mulai tahun ini. Selain itu kita juga hendak tahu jumlah wang terkumpul dan baki kepunyaan kita yang bakal diperolehi,” katanya.

Ahmad berkata wang royalti yang bakal diterima oleh kerajaan Terengganu akan digunakan untuk membangunkan negeri itu terutama untuk faedah rakyat.

Mengenai saranan sebuah badan bukan kerajaan yang mahukan kerajaan negeri mendapatkan royalti sebanyak 20 peratus, beliau berkata: “Persoalan itu tidak berbangkit sama sekali sebaliknya rakyat perlu bersyukur dengan apa yang diperolehi.

“Jumlah royalti lima peratus sudah mencukupi kerana dengan jumlah yang ada, sudah mampu menjana pendapatan untuk meningkatkan kehidupan rakyat.” BERNAMA

http://www.mstar.com.my

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: