Posted by: pinkturtle2 | Jun 23, 2008

Ali Rustam Mesti Letak Jawatan

ALI RUSTAM MESTI LETAK JAWATAN

Saya menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya meletakkan jawatan kerana kredibilti dan imejnya terjejas teruk setelah di saman RM10 juta baru-baru ini.

Mohd Ali telah disaman oleh Abdul Hamid Mustapah, 48 seperti yang disiarkan oleh akhbar SIASAH edisi 103 minggu ini.

Beliau selaku Ketua Menteri mesti menunjukkan teladan yang baik kepada pemimpin bawahan kerana dakwaan beliau terhadap Abdul Hamid (gambar) dinafikan oleh bekas CEO Southern Hospital tersebut. Sudah tentu dakwaan ini boleh dipertikaikan sebab itu Abdul Hamid berani mengambil tindakan mahkamah terhadap Mohd Ali.

Sebagai rakyat Melaka, saya berasa malu kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang dipertikaikan integritinya. Seorang Ketua Menteri sepatutnya menyiasat secara teliti dan menangani masalah sesuatu agensi kerajaan seperti Hospital Southern dengan berhati-hati cermat bukannya membuat tuduhan melulu sehingga ‘membuka pekung di dada’.
Dalam samannya Abdul Hamid menjelaskan bahawa Mohd Ali Ketua Menteri Melaka itu telah menfitnahnya dengan tuduhan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangan Hospital Southern supaya tidak memberikan rawatan kepada bekas Exco kerajaan Negeri Melaka, Haji Abdul Rahaman Abdul Karim dan isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.Abdul Rahaman sekarang ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor.

Mohd Ali juga di dakwa menfitnah dengan menuduh Abdul Hamid menipu beliau berkenaan akaun Hospital Southern.Kes ini telah difailkan oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada akhir 2005 dan kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Melaka atas permohonan pihak defendan.

Kes ini yang bernombor MT1-23-1-2007 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 30 dan 31 Julai 2008 ini. Abdul Hamid akan diwakili oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai manakala Mohd Ali akan diwakili oleh Tetuan Lee & Hishamuddin.Abdul Hamid mendakwa kedua-dua tuduhan tersebut di lakukan oleh Mohd Ali semasa mesyuarat komitee Staffing dan Kewangan Hospital Southern di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada 15 Ogos 2005.

Kisah saman Abdul Hamid ini telah saya dedahkan dalam posting saya yang terdahulu dan ianya telah disiarkan oleh akhbar SIASAH baru-baru ini.

Saya dengan ini sekali lagi menegaskan supaya Mohd Ali MELETAKKAN JAWATAN bagi memberi laluan kepada orang lain yang mempunyai kredibiliti dan imej yang lebih baik darinya untuk menjadi Ketua Menteri Melaka.

SOFI WAHAB
KETUA PENERANGAN PAS NEGERI MELAKA

Advertisements

Responses

  1. Salam hormat,

    Orang yang riak dan bongkak dengan kuasa patut diajar supaya tidak kurang ajar.:)

    Wassalam.
    http://naspazi.multiply.com

  2. ali ketam ma..elok itu olang masuk longkang aje…lia bukan ketua menteli..dia elok jadi menteli longkang lah! ali ketam bile mau jual itu ketam!

  3. Sebagai rakyat melaka, sy jugak berasa malu mempunyai Ketua Menteri spt Ali Rustam. Byk lagi penyelewengan oleh beliau dlm anak syarikat kerajaan negeri Melaka terutamanya ICM Industries Bhd. Mohon beliau undur segera sebelum sakaratul maut datang menjelma. AMIN

  4. Pengalaman peribadi. depan Ali Rustam ckp lain tapi belakang hentam macam keling. Bela staff anak kerajaan negeri yg byk seleweng tp staff yg kerja jujur & ikhlas kena buang kerja 24 jam atas alasan dtg keje lambat. Janji berapi2 dgn org kg nak ganti bumbung rosak tp sampai sekarang habuk pun tarak. moga2 kau satu hari nanti kena laknat Allah. AMIN

  5. Nak tanya. Yang ganti Abdul Hamid tu sapa? Nampaknya buduk lulus SPM je? Si Radhuana Salleh tu. heheh sekarang ni dah banyak CEO yang dia pegang. Ada apa2 ke ngan Pak Ali. Taksampai setahun jadi CEO cerai pastu bila kecoh gossip ngan Pak Ali nikah lak ngan budak muda hebat yek CEO Radhuana ni. Hehehe maklum la. tunggggguuuuuu ada citer lagi lps ni

  6. anakmelaka mana hang dapat info?tak smpi setahun jd CEO cerai ngan sape?

  7. anak melaka jgn menghina. jangan pandai2 kata orang lulus spm. dah 20 tahun PJJ uitm ada kat melaka. Takkan orang further study nak masuk dalam blog. Lagi pun kalau ada PHD pun tapi tak leh nak bangunkan putra pun tak guna. Sekarang ni patut kita berbangga kerana keuntungan Putra dah melambung tinggi. Soal kahwin, cerai, hidup mati semua dah ditentukan allah. rumah tangga awak kena jaga supaya tak bercerai berai. Biasalah bila dah jadi ceo suami pun tertekan sebab isteri lebih tinggi. So syaitan macam anakmelaka kalau tabur fitnah habislah sebuah keluarga bahagia.

  8. Setahuaku dulu putra masa Hamid jaga keuntungan bulanan tak sampai 3 juta,Sekarang org ‘lepas spm’ jaga boleh dapat 6 juta lebih.Patient pun har2 ramai smpai katil tak cukup kt Putra tu..Inilah masala org melayu mcm anakmelaka yg dengki klu tgk melayu berjaya.Klu Cina berjaya taknk komen plak

  9. Kalau CEO cina tak de yang komen. anakmelaka ni buat malu anak melaka yang lain spt saya. staff putra dah merasa gaji yang lebih baik sekarang. baru betul makna “human capital” Fitnah anak melaka tu kata orang “spm” sebab CEO putra adalah bekas pegawai bank. Manusia ada yang berlagak ada yang tidak. Ada orang buat degree senyap-senyap. Ada orang baru lapur diri open universiti dah heboh satu melaka. SPM, Dip, Deg, Master, PHD just a paper yang bukan menjamin segala-galanya. Kalau master, phd kangkong nak buat apa kalau tak mampu nak menjadikan sesuatu itu berguna. Kalau setakat nak dapat JUSA dan untuk dapat pencen tinggi itu bukan suatu yang sihat. CEO putra berjaya mempertingkatkan Putra dan ramai cina melayu india bergantung rezeki di situ. Wahai anak melaka baliklah kepangkal jalan iaitu qada dan qadar. rezki ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan.

  10. Kalau nak dibukakan pekung si Hamid tu terlalu la banyak.Berapa banyak agensi dah tendang dia kuar seperti KTIAM,Selia Selenggara dll..Klu soal moral,tanya la yang rapat ngan dia di Putra spt Maznan yg selalu bersama ke Indonesia dulu.Kepada anakmelaka usah lah terus memihak kepada orang yg anda sendiri tak kenali.

  11. agaknya masih ada lagi orang buta dlm melaka yg tak nampak apa yang DAR buat. Takkan ada orang saman perlu letak jawatan. Bangang-bangang… camtu sama nik aziz, saman lim guan eng, saman khalid ibrahim saman razak pas tu mintak orang ni letak jawatan. mudah je suruh orang letak jawatan.
    pandai anak melaka buat kerja.
    Nik aziz yang melantik menantu dia jd ceo pun berdasarkan orang itu layak. Dlm islam pun ada kroni di zaman rasulullah. Korang ni tak dapat peluang sebab tu korang bising. Dikedah, kelantan dal negeri-negeri tsunami PR dah dapat mcm mcm takde pun kecoh.
    anak melaka buat sembahyang hajat banyak2 supaya dapat ditambah rezeki dlm bulan ramadan ni.

  12. salam semua pembaca…setahu saya hamid ni baik orangnya..member lama aku kt nz dulu..dia yg ambik aku waktu aku susah kat sana..bagi makan minum tempat tinggal.orgnya penuh disiplin..dan beriman.mungkin ramai yg sakit hati dengan jawataan dia..sebab tu cari jalan nak keluarkan dia dari jawatan yg di pegangnya.moga2 Allah menyebelahi dia

    • Dulu korang sibuk-sibuk merendah-rendahkan CEO Radhuana. Ni dah dua tahun beliau pegang CEO dan telah menjadikan Putra sebagai sebuah ank syarikat Kerajaan Melaka yang menguntungkan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: