Posted by: pinkturtle2 | Jun 24, 2008

“Saya tak takut dicabar” Khairy

“Saya tak takut dicabar” Khairy

KL: “Saya pasti yang terbaik akan menang,” demikian komen Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Azman Mohd. Sah, 37, yang mahu mencabar beliau pada pemilihan parti Disember ini.

Azman akan mencabar Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Khary berkata, keputusan Azman yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut menunjukkan parti UMNO mengamalkan demokrasi.

“Saya tak takut dicabar…ini politik dan dalam UMNO kita amalkan demokrasi. Kita tengoklah dalam pemilihan nanti siapa menang siapa kalah,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu diminta mengulas mengenai keputusan Azman yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Seliau, Rantau, Negeri Sembilan untuk mencabar Khairy yang kini menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Azman dalam laporan akhbar semalam berkata, keputusannya itu diambil atas hasrat ingin membawa angin perubahan dan memupuk perpaduan yang telah lama ditunggu oleh ahli-ahli pergerakan Pemuda UMNO bahagian.

Katanya, beliau juga optimis akan menerima sekurang-kurangnya 28 pencalonan bagi melayakkan diri bertanding menentang Khairy.

Mengenai dakwaan Azman bahawa sebahagian besar ahli Pemuda UMNO bahagian itu berpandangan kepimpinan sedia ada dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja serta gagal membawa perubahan yang diharapkan, Khairy berkata:”Itu pendapat dia, ada ramai lagi yang tidak sependapat dengan dia.”

http://klpos.com


Responses

  1. memang la tak takut dicabar sebab menantu pak lah kalau pak lah tak de bole cabar ke

  2. ada undi pos kot itu yang tak takut piiiiiiiiiiirah khairy..kau tu sbnrny dah kalah PRU dulu…menang pun pasal undi pos…kot nanti pakai undi pos juga


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: