Posted by: pinkturtle2 | Jun 26, 2008

Landskap Putrajaya: Sebulan RM1.5 juta

Landskap Putrajaya: Sebulan RM1.5 juta

Khamis, 26 Jun 2008

KL: Penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja RM1.5 juta atau RM18 juta setahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.

Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) di sini, hari ini.

Dalam isu lain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata bilangan anggota polis yang mati semasa menjalankan tugas bagi tempoh 2003 hingga 2007 adalah seramai 52 orang iaitu lima orang pegawai polis dan 47 orang anggota panggat rendah.

“Bilangan anggota polis yang cedera semasa menjalani tugas bagi tempoh yang sama adalah seramai 153 orang iaitu 16 orang pegawai polis dan 137 orang anggota berpangkat rendah,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

http://klpos.com

Advertisements

Responses

  1. Bagi saya penyenggaraan landskap rm18 juta setahun adalah perkara biasa…logik sebabnya putrajaya mempunyai kawasan yang luas….kalau kawasan kecil sekolahpun lebih kurang rm10000 inikan pula kawasan yang luas…Kalau tidak senggara landskap apa jadi…tak kan le nak jadi semak samun…tak malu ke kalau orang datang melawat malaysia penuh dengan semak samun…Tapi masih ramai yang tidak tahu kepentingan landskap…itu sebabnya ramai mempertikaikan harganya…cuba anda bayangkan sanggupkah anda seorang diri hendak menyenggara landskap dengan gaji 500 sebulan..untuk menyenggara landskap putrajaya memerlukan ramai pekerja…so banyak le duit yang kena pakai…Kerajaan sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menjadi negara dalam taman….dan dengan adanya belanja landskap ini dapat memberi ribuan peluang pekerjaan kepada penduduk penduduk setempat….disamping itu dapat mewujudkan peniaga nurseri, kontraktor, designer, arkitek, guru landskap, supervisor…dan pelbagai lagi kerjaya dari 18 juta itu…..

    Fikir-fikirkanlah

    Salam mesra,
    Cikgu Faizal
    Rahsia Taman

  2. landskap memerlukan penyelenggaraan dan penjagaan,kos untuk menyelenggara bergantung kepada keluasan tapak.putrajaya mempunyai keluasan yang agak besar dan dikelilingi banyak pokok yang memerlukan penyelenggaraan dan penjagaan.tidak hairan lah jika penyelenggaraan landskap di putrajaya menelan kos yang tinggi.

  3. Maybe kekurangan idea untuk menunding jari… bab lanskap pun nak dijadikan isu… Bercakaplah berpaksikan fakta sebelum berkata – kata yer…

  4. harga tak blh dijadikan ukuran utk menyediakan atau menyelenggara landskap.memang kos yang tinggi diperlukan.saya sendiri belajar serba sedikit mengenai landskap dan telah melawat Putrajaya Holdings untuk kelas landskap saya.mereka telah memberi penerangan serba sedikit ttg harga,kos,masalah2 yang perlu ditanggung.landskap bukannya membazir.ia adalah satu kemestian.cuba bandingkan dengan negara2 maju.mereka amat menitikberatkan landskap dan seni taman.jadi,kos2 untuk landskap tak perlu dipertikaikan.lebih banyak lagi pembaziran yang dilakukan yang kita boleh komen atau lihat.

  5. untuk balance kn development, asap2 kenderaan,suhu bumi, bg saye 1.5juta adalah berbaloi.ia juga secara tidak langsung memberikan kebaikan kepada manusia balik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: