Posted by: pinkturtle2 | Jun 26, 2008

Tun M Belanja RM350 Bilion Dalam 22 Tahun,Pak Lah RM700 Bilion 4 Tahun

Antara senarai projek pembaziran kerajaan BN

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) – Perbelanjaan negara oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap membazir semakin terdedah, apabila satu demi satu senarai telah disingkap secara tidak langsung dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Terkini Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Zulhasnan Rafique dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) memberitahu penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja mencecah RM1.5 juta atau RM18 juta setahun.

ImageKatanya sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.

Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulisnya itu.

Sementara itu, berikut adalah senarai jumlah yang dianggap sebagai ‘pembaziran’ projek mega oleh kerajaan BN yang pernah disiarkan oleh beberapa laman web dan blog sebelum ini antaranya ialah:

1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM712 bilion

Menurut laporan sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi yang baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih RM700 bilion.

Jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan datang:-

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS – RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) – RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 – RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade – RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah – RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok – RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine – RM4,100,000,000.00
8Skandal PKFZ – RM4,600,000,000.00
9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan – RM6,750,000,000.00

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Itu lah yang ok Tun Mahathir tak pandai meniaga….pak lah pandai meniaga dia nak beri tahu yang malaysia ni banyak duit..dia ingat bapak dia punya duit

  2. hahahah! itu samdol sula fail itu economic program kek UM masyuk pengajian islam jadi dah jelas, dia buek selam, tarak otak punya!
    macam-macam lumbu yang sudah dia tarok!
    banyak projek untuk kroni..alahai menjawab lah ko bedol nanti!

  3. Saya fikir bukan fasal Pak Lah tak lulus ekonomi masa study kat universiti. Mungkin Pak Lah ni jenis ‘cincai’ alias sembrono. Atau langsung tadak business minded.

    Bill Gates dulu pun tak tamat first degree. Bahkan Lim Goh Tong pun tak pernah masuk U. Tapi mereka pintar berniaga. Pintar guna duit untuk buat duit. Tapi Pak Lah dan pemimpin yang sewaktu dengannya hanya cekap menghabiskan duit.

  4. Salam hormat

    Hahaha…cekap menghabiskan duit…betul.:)

    Wassalam.

  5. siapa yg bodoh.bukan sy tapi org yg lantik pak lah.padan muka.

  6. […] Tun M Belanja RM350 Bilion Dalam 22 Tahun,Pak Lah RM700 Bilion 4 Tahun Antara senarai projek pembaziran kerajaan BN KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) – Perbelanjaan negara oleh kerajaan Barisan […] […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: