Posted by: pinkturtle2 | Jun 27, 2008

Nizar :Perak kaji pemberian hak milik kekal tanah pajakan

Nizar :Perak kaji pemberian hak milik kekal tanah pajakan

27-06-2008 08:26:37 PM

IPOH: Kerajaan Perak masih membuat kajian daripada aspek pentadbiran dan perundangan berhubung cadangan penukaran status hak milik pajakan 99 tahun kepada hak milik kekal untuk lot kediaman kampung baru dan kampung tersusun, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Ini tertakluk kepada keputusan dan pertimbangan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dan juga kuasa yang diperuntukkan oleh undangundang,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Perak.

Beliau berkata rasional untuk memberi hak milik kekal adalah berdasarkan prinsip keadilan dan ia diberi mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara.

Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang bangun mencelah berkata pemberian hak milik kekal hanya untuk keskes istimewa dan bukan kepada orang perseorangan.

“Saya minta kerajaan negeri jangan menipu rakyat kerana bila sebut hak milik kekal, rakyat ingat 999 tahun. Saya minta kerajaan negeri jelaskan adakah ia hak milik kekal 30 tahun, 60 tahun, yang mana satu?” katanya.

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri menyokong cadangan pemansuhan caj letak kereta pada hari Sabtu di Ipoh walaupun cadangan itu akan menyebabkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengalami kehilangan hasil RM1.1 juta setahun.

Sesi penggulungan berkenaan tergendala beberapa kali apabila beberapa wakil Barisan Nasional bangun meminta penjelasan berhubung pelbagai isu, menyebabkan berlaku pertikaman lidah dengan wakil kerajaan.

Antara isu yang menghangatkan ucapan penggulungan yang bermula pagi dan bersambung selepas rehat tengah hari tadi ialah mengenai kenyataan Menteri Besar bahawa Tajol Rosli enggan menandatangani surat penyerahan tugas dan menghadiri upacara penyerahan tugas Menteri Besar secara rasmi.

Suasana menjadi riuh apabila Datuk Zambry Abdul Kadir (BN-Pangkor) mendakwa Mohammad Nizar berbohong kerana Tajol Rosli sebenarnya telahpun menandatangani surat berkenaan.

Bercakap di luar dewan kemudiannya, Tajol Rosli mengakui beliau tidak menerima jemputan menghadiri majlis penyerahan rasmi kerana jemputan hanya dibuat sebulan selepas pilihan raya umum tetapi beliau telah menandatangani dokumen-dokumen penyerahan tugas.

Mohammad Nizar pula berkata dokumen penyerahan tugas secara rasmi memerlukan ia ditandatangani bersama oleh Menteri Besar baru dan yang terdahulu dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak tetapi dokumen itu masih kosong sehingga sekarang.

Persidangan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudiaan.
BERNAMA

http://www.mstar.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: