Posted by: pinkturtle2 | Jun 28, 2008

DAP PERTAHANKAN MB PERAK BERMATI-MATIAN!! DIMANA PKR DAN PAS


DAP PERTAHANKAN MB PERAK BERMATI-MATIAN!! DIMANA PKR DAN PAS? CINA-ISLAM?

Penulis ada menjenguk siaran lansung persidangan dewan undangan negeri Perak baru sebentar tadi, rasa sedih bercampur bautr dengan perasaan yang agak geram apabila melihat MB Perak cuba diratah oleh wakil rakyat pembangkang yang diketuai oleh UMNO dan pengerusinya iaitu mantan MB yang lalu. Satu perkara yang saya perhatikan, wakil-wakil DAP yang sebelum ini amat allergic dengan PAS telah pun berjuang bermatia-matian mempertahankan MB Perak.

Tapi satu perkara yang mendukacitakan apabila saya mendapati ADUN PAS dan PKR seolah-olah tidak ada didewan! Suara mereka tidak kedengaran!

MB Perak cuba untuk ‘dikendurikan’ oleh ADUN UMNO tapi alhamdulilah ADUN-ADUN dari DAP ( saya tidak kenal mana satu wakil DAP tapi saya mengagak mereka dari DAP berdasarkan raut wajah dan bangsa mereka-kalau tersilap saya minta maaf) nampaknya lebih bersemangat dan bermati-matian mempertahankan MB yang kita sayangi ini! Soalnya …MANA ADUN PAS DAN PKR (MELAYU)?!! Mana ADUN Titi Serong(yang lain saya tak kenal mereka sebab tidak mengetahui blog mereka-ada ke?!!)

Tujuan saya menimbulkan isu ialah agar agar ADUN-ADUN PAS dan PKR yang ISLAM supaya mempertahankan MB Perak kita ini (the next rising superstar-InsyaAllah-), jangan sampai kita yang menceritakan dengan semangat tentang mauduk jihad tapi yang menyahutnya adalah ADUN DAP!

CINA -ISLAM- anda adalah harapan penulis untuk menjadi wira bagi mempertahankan MB yang membawa obor-obor ISLAM(Walaupun saya tahu anda berbangsa cina! kefahaman bangsa Islam sudah kuburkan sejak Nabi Adam diciptakan oleh Allah s.w.t!) Anggaplah artikel ini sebagai tazkirah dan bukan kritikan yang bermotif negatif….harapan saya yang tinggi kepada YB untuk melakukan perubahan ini adalah kerana setahu saya YB adalah pengunjung setia Tranungkite…JazakaAllah …Maafkan saya kalau artikel ini melemahkan lagi semangat YB…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: