Posted by: pinkturtle2 | Jun 28, 2008

Isu tanah: Penduduk Islam adakan bantahan hari kelima

Kashmiri protesters shout pro-freedom slogans during a demonstration in Srinagar, India, Friday, June 27, 2008. Kashmiris filled the streets for the fifth day of protests Friday, after police killings during earlier demonstrations enflamed their anger over the transfer of land to a Hindu shrine in this Muslim-majority region.Photo From AP

Kashmiri women shout pro-freedom slogans during a demonstration in Srinagar, India, Friday, June 27, 2008. Kashmiris filled the streets for the fifth day of protests Friday, after police killings during earlier demonstrations enflamed their anger over the transfer of land to a Hindu shrine in this Muslim-majority region.Photo From AP

Isu tanah: Penduduk Islam adakan bantahan hari kelima

SRINAGAR 27 Jun – Pihak berkuasa di Kashmir India mengerahkan anggota polis dan separa tentera secara besar-besaran hari ini untuk menghentikan demonstrasi penduduk Islam yang membantah pemindahan tanah kepada penganut Hindu.

Tiga penduduk Kashmir terbunuh dan hampir 200 lagi cedera dalam pertempuran di seluruh negeri majoriti penduduk Islam ini sejak tunjuk perasaan dilancarkan Isnin lalu.

Pasukan keselamatan bersenjata meronda di kawasan sensitif termasuk pusat perdagangan Lal Chowk di tengah bandar ini.

Protes selepas solat Jumaat hari ini dilancarkan oleh puak pemisah, peguam dan peniaga Kashmir.

Kekacauan meletus berikutan keputusan kerajaan tempatan minggu lepas untuk memindahkan hak milik sebidang tanah kepada sebuah yayasan Hindu bagi tujuan membina tempat penginapan bagi puluhan ribu penganut Hindu yang melakukan kunjungan tahunan ke sebuah gua di kawasan pergunungan.

Demonstrasi itu adalah antara yang terbesar sejak meletusnya pemberontakan penduduk Islam di negeri ini pada 1989.

“Kami telah mengerahkan ramai anggota polis dan separa tentera untuk mengawal keselamatan dan menjaga ketenteraman,” kata ketua polis Srinagar, Syed Mujtaba.

Jalan-jalan di bandar ini lengang sejak awal hari ini sementara bank, pejabat dan sekolah ditutup.

Keadaan terus tegang sekalipun Ketua Menteri Kashmir memberi jaminan kerja pembinaan di atas tanah berkenaan tidak dibenarkan sehingga notis lanjut dikeluarkan.- AFP

http://www.utusan.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: