Posted by: pinkturtle2 | Jun 28, 2008

Pesawat tentera Indonesia hilang, 18 dikhuatiri maut

Indonesia‘s soldiers prepare for a search operation at Salak Mountain in Bogor, West Java, Indonesia, Friday, June 27, 2008. An Indonesian air force plane went missing with five crew and 13 passengers on board, including at least two foreigners, a military spokesman said Friday.Photo: AP

Indonesia‘s soldiers walk for a search operation at Salak Mountain in Bogor, West Java, Indonesia, Friday, June 27, 2008. An Indonesian air force plane went missing with five crew and 13 passengers on board, including at least two foreigners, a military spokesman said Friday.Photo from AP

Pesawat tentera Indonesia hilang, 18 dikhuatiri maut

JAKARTA 27 Jun – Sekurang- kurangnya 18 penumpang dan krew penerbangan termasuk tiga warga asing dipercayai terkorban selepas sebuah pesawat pengangkut tentera hilang di hutan tebal di Jawa Barat, semalam.

“Dua belas daripada mangsa terdiri daripada anggota tentera sementara bakinya ialah enam orang awam termasuk tiga warga asing dari Britain, India dan Singapura,” kata jurucakap Tentera Udara Indonesia, Chaeruddin Ray kepada pemberita.

Menurut penyelaras operasi menyelamat, Hadi Tugiman, pesawat Casa C-212 itu hilang daripada skrin radar pada pukul 3.03 petang semalam (pukul 4.03 waktu Malaysia) di sekitar Gunung Salak yang terletak 40 kilometer di selatan Jakarta.

“Kami telah mengerahkan tiga pesawat tentera untuk operasi mencari serta 40 orang penyelamat daripada pasukan polis.

“Hutan tebal dan keadaan cuaca yang berkabus menyukarkan usaha menyelamat,” katanya lagi.

Menurutnya, pesawat itu sedang menguji peralatan pemetaan digital dalam satu penerbangan pendek dari pangkalan udara di Jakarta.

Ketiga-tiga warga asing itu adalah pekerja syarikat Credent Technology yang menawarkan perkhidmatan pengimejan satelit dan pengimbasan laser untuk pemetaan.

Pesawat itu ditemui pasukan pencari lewat petang ini, tetapi keadaan cuaca dan hutan tebal menyukarkan pihak penyelamat menghampiri kawasan berkenaan.- AFP

http://www.utusan.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: