Posted by: pinkturtle2 | Jun 29, 2008

Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas

Supporters of Malaysia’s de facto opposition leader Anwar Ibrahim wait at a hotel lobby in Shah Alam outside Kuala Lumpur June 29, 2008. Anwar denied on Sunday allegations that he had sodomised an aide, saying the charges were an attempt by the government to curb his rise to power. “The police report lodged against me earlier today is a complete fabrication,” Anwar said in a statement read out by his lawyer as about 200 of his supporters gathered outside the hotel where the news briefing was held.Reuters Pictures

Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas

Jun 29, 08 2:19am

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

anwar quality hotel 270608 press conferenceKatanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk “menyerangnya” sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

Tegakkan keadilan

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.

Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.

anwar quality hotel 270608 crowdSebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. berani kerana benar, takut kerana salah.

  2. sudahlah umnooooooo….x serik serik ker nak siksa rakyat….sudahlah kamu hina dan bebankan kami,,,,pemimpin kami juga kamu nk khianat….sedihnyaaaaaaaa…..:( malangnya nasib kita rkyat malaysia….:(

  3. Ya Allah, Jahatnye oak umno ni. sooooooooooooo desperate. fitnah memfitnah ni mmg mainan mulut kamu sahaja.
    diorg ni x blajo dari kesilapan dulu gamaknye. ape jadi dgn para2 pemfitnah dulu? ade yg sakit, ade yg meninggal dsb.

    yg si saiful tu pon ngong la!!!!! brape byk diorg byr ngko hah!!!!!!!

  4. masaalah takkan selesai dengan hanya mengeluh dan meluahkan sara simpati sahaja. jom kita pakat smua rakyat yang bukan amno bangun ramai ramai lanyak kerajaan bn dan amno sampai lumat … jangan tinggal tunggul pun. pemimpin sial gini patut kena ajar menghormti orang lain, jangan suka suka buat fitnah yang tak dapat dibuktkan…. kuasa rakyat adalah penentunya. UJIAN PERTAMA kearah itu…. jom merahkan kuala lumpur 6 julai nanti, jangan cakap aje tapi takut buat!!!!

  5. Pelik ……kalau dah sampai dua kali…….. Cuba pikir…. korang betul2 kenal ke siapa Anwar? Pegi sekolah sekali ke? Universiti yang sama ke? Bilik yang sama ke?. Mintak2 betul dia tak buat………tapi kalau dia tak buat takkan berani UMNO nak ulang tuduhan yang sama………orang lain pulak tu……tak tau la……..hanya tuhan yang tau. Wallahua’lam

  6. Saya adalah seorang lelaki. Ketika saya menulis ini, umur saya hampir mencecah 50 tahun. Saya telah berkahwin lebih kurang selama 20 tahun. Apa yang nyata ialah, terdapat perubahan dari segi fisiologi terhadap diri saya. Sebagai seorang yang telah berusia, saya tidak lagi sama seperti dulu.

    Manakala Anwar Ibrahim telah berusia melebihi 50 tahun. Dengan faktor usia dan kegiatan hidup beliau yang sedemikian rupa, saya tidak fikir Anwar mampu melakukan kerja-kerja tak senonoh itu.

    Walau pun ada pihak yang mengatakan bahawa tuduhan terbaru terhadap Anwar ini sebagai taktik terancang, tetapi saya menganggapnya sebagai suatu kesilapan dan tak munasabah. Benarlah firman Allah S.W.T. bahawa tipu daya syaitan itu sangat lemah …

  7. Memandangkan faktor umur DSAI sudah melepasi 60 tahun saya berpendapat ianya satu fitnah semata-mata, kenapa kami berpendapat sedemikian kerena kami adalah warga yang pencen dan sudah melepasi umur 60 tahun kami tahu itu cakap saja lebih, bak kata orang nafsu kuat tapi tenaga kurang (kebanyakan lelaki faham) kenapa sebab tidak mahu mengaku kelemahan itulah lelaki.

  8. Apa pula peliknya Matkri? Mu sendiri biasakah kat Anwar tu? Saya rasalah, pihak-pihak yang buat tuduhan tu yang kurang akal …


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: