Posted by: pinkturtle2 | Jun 29, 2008

Khabar Angin – Usaha Jahat memecah-belah PAS dan Pakatan Rakyat

Khabar Angin – Usaha Jahat memecah-belah PAS dan Pakatan Rakyat

Kuala Nerus – Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mengingat ahli serta penyokong PAS agar tidak terlalu cepat mengulas (respon) dan mempercayai berita-berita ‘khabar angin’.Ini kerana, sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai usaha serta perancanganjahat pihak tertentu bagi memecah-belahkan Pakatan Rakyat (Pakatan) yang baru dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, lalu.

Beliau berkata, terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang menguasai media mahu memecah-belahkan Pakatan.

“Sekarang ini nampaknya, ada unsur-unsur memecah-belahkan kekuatan saf dalam Pakatan yang cuba dimainkan oleh pihak media dengan ‘mainan-mainan’ yang cukup bahaya.

“Kita sebagai orang PAS, ahli PAS usah respon terlampau cepat. Sebabnya, kita (PAS) ada kepimpinan, kita ada majlis syura, kita ada pimpinan PAS Pusat, kita ada pimpinan di peringkat negeri dan kawasan.

“Jangan cepat kita respon kepada berita yang rujuk ‘kitabnya’ Utusan Malaysia, jangan cepat kita respon pada berita yang ‘kitabnya’ adalah TV3,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31, PAS Kawasan Kuala Nerus, di Masjid At-Taqwa Batu Enam, dekat sini, semalam.

Beliau mendedahkan, ada berita ‘khabar angin’ yang disiarkan, memfitnah dirinya ketika beliau berada di London bagi menggugat keyakinan ahli serta penyokong PAS.

“Keluar berita baru-baru ini, Saya difitnah kononnya ada berjumpa dengan Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak di London dan ‘peluk’ dengan dia (Najib) di sana.

“Ini fitnah untuk menimbulkan keresahan di kalangan ahli, penyokong dan pendokong PAS supaya kekuatan yang ada pada kita (PAS) sekarang ini dapat dilemahkan,” jelasnya dihadapan lebih 500 orang perwakilan dan pemerhati.

Katanya, PAS dan Pakatan kini semakin kuat dan sedang meningkat naik setelah berjaya membentuk kerajaan di beberapa buah negeri selepas pilihan raya lalu.

Menurutnya, sokongan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini semakin menurun dan tidak popular lagi.

Namun begitu, katanya kekuatan yang sedang dibina sekarang adalah satu suntikan baru yang sedang berlaku dalam parti PAS hari ini.

http://buletinonline.net


Responses

  1. kat negeri pakatan rakyat kn skg sng nak beli akhbar alternaif. beli jelah!
    takkan masih lagi kat takuk lame, suke dengo kabo angin……….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: