Posted by: pinkturtle2 | Jun 29, 2008

Macamana nak tutup bunyi letupan C4? Dengan meletupkan lagi satu C4

Celakalah musang berbulu ayam!

Bila aku mendapat berita dari sahabat pukul sembilan malam tadi berkaitan cubaan menjatuhkan Anwar dengan mengenakan tuduhan liwat sekali lagi, terus aku teringat kepada sorang lagi sahabat aku yang pernah menjuarai pertandingan Blog anjuran Friedrich Naumann Foundation tentang “musang berbulu ayam” di pejabat DSAI. Untuk yang belum pernah membaca tulisan sdr Najwan, boleh layari tulisan beliau di :

  1. Musang Berbulu Ayam (Part 1)
  2. Musang Berbulu Ayam (Part 2)
  3. Musang Berbulu Ayam (Part 3) – diturunkan atas arahan “staff” dari pejabat DSAI.

Dah baca? Kesimpulannya? Mudah…

Macamana nak tutup bunyi letupan C4? Dengan meletupkan lagi satu C4. ;)

Yang mana satu berbulu ayam?Aku kenal siapa musang berbulu ayam secara individu. Baru hari Jumaat lepas bersalaman dan bertuangan teh di rumah DSAI dalam satu perbincangan ringkas.

Dimaklumkan bahawa DSAI baru mengetahui tentang kelibat individu ini melalui penulis musang berbulu ayam selepas beliau pulang dari umrah tempohari. Individu ini mungkin telah merasa dirinya tidak selamat lagi di office DSAI – dan tauke C4 rasa sebelum beliau dipecat dan menuduh lebih baik bekerja dan dituduh. Ada yang mengatakan bahawa kemungkinan juga individu ini “dipaksa”. Melihat gambarnya dengan P.A Najib di sebelah tersenyum gembira, aku lebih suka nampak “Azizan” daripada “Munawar”.

Dan pada hari ini, meletuplah C4 yang ditunggu2 oleh tauke C4 tanah melayu bagi menutup pertuduhan terhadap dirinya dalam akuan bersumpah Pet yang sampai sekarang dingdongnya entah ke mana.

Anwar mungkin ditangkap dan ditahan atas isu ini. Silakan. Jika ada prima facie (betoi ka eja ni?), sila adili dia di mahkamah terbuka dengan membenarkan pemerhati dunia mengikuti prosiding. Pak Lah, buktikan mahkamah kamu sekarang lebih adil dari mahkamah mahadet.

Dalam masa yang sama jangan kalian lupa tentang akuan bersumpah Pet. Heret Pet bersama ke mahkamah dan panggil semua saksi2 tanpa ugutan! Buktikan Rosmah dan Najib tidak terlibat “beyond reasonable doubt”! Jangan kalian lidah bercabang dan hanya bermuka2 untuk menutup kesalahan sendiri!

Rakyat sudah dihimpit dengan inflasi yang melampau, beban hutang yang tinggi, kos hidup yang tak tertanggung, dan jenayah yang semakin parah. Rakyat sudah tidak ada apa lagi untuk dipertahankan.

Yang ada cuma maruah dan semangat untuk kembali bangun menentang kezaliman!

Ayuh Pak Lah! Rakyat pantang dicabarr!!!


http://jahilgoblog.net/?p=194

Dakwaan liwat Anwar bertujuan alih perhatian rakyat – Wan Azizah

29/06/2008 3:29pm

SHAH ALAM 29 Jun – Laporan polis yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pembantunya dibuat bertujuan mengalihkan perhatian rakyat berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. – Utusan malaysia


Responses

  1. Jawatan Kosong!! Penolong Peribadi parti komponen Barisan/Pakatan Rakyat.

    Kelayakan : Umur bawah 25 tahun. Kemas & Menawan, Bontot lentik.

    Interview Segera!!! Hadirkan diri pada bila-bila masa di Kedutaan Turki.

    Lelaki sahaja..

    Person to contact: Uncle Anwar

    Sekian terima kasih.

  2. kita jangan takut kalau kita benar dan tidak melakukannya. senang saja,kalau kita tak bersalah ambil alquran dan bersumpuh depan orang ramai.
    kitakan orang islam,apa takut

  3. Senangnya! Tapi adakah dalam ajaran Islam ambil al-Quran dan bersumpah depan orang ramai jika kita kena fitnah? Ini ikut sunah sapa pulak ni?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: