Posted by: pinkturtle2 | Jun 29, 2008

PANAS…PANAS…pembantu peribadi Anwar dakwa diliwat…

Malaysia’s de facto opposition leader, Anwar Ibrahim, gestures as he speaks during an interview at his office in Kuala Lumpur in this March 19, 2008 file photo. Anwar denied on Sunday June 29, 2008 allegations that he had sodomised an aide, saying the charges were an attempt by the government to curb his rise to power. The former deputy premier who was sacked in 1998 and later jailed for sodomy and corruption has seen a revival of his fortunes since a March poll when the opposition alliance recorded its best ever election result.reuters Pictures

PANAS…PANAS…pembantu peribadi Anwar dakwa diliwat…

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat pembantu peribadinya.

Difahamkan pembantu peribadi yang berusia 23 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).Desas desus mengenai hal ini mula tersebar sekitar jam 10 malam Sabtu.

Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah mengesahkan satu laporan polis dibuat tetapi enggan mengulas lanjut.

Laporan polis itu dikatakan dibuat jam 5 petang Sabtu di sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Ikut ceritanya ini bukan pertama kali dia diliwat.

Sementara itu wartawan Agendadaily yang pergi untuk melihat keadaan di rumah Anwar di Bukit Segambut,Kuala Lumpur jam 1 pagi Ahad mendapati ia lengang.

Cuma ada beberapa orang wartawan dan jurugambar sedang standby di situ.

Ramai wartawan dan jurugambar berkejar ke Hotel Quality Inn di Shah Alam.Anwar dikatakan berada di situ kerana menghadiri acara ‘retreat’ bersama para wakil rakyat PKR.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ,Datuk Wan Farid Wan Salleh ketika dihubungi Agendadaily awal pagi Ahad untuk ulas kes dakwaan liwat terhadap Anwar kata siasatan akan dijalankan ikut prosedur biasa tanpa memihak dan berlandaskan undang-undang.

Beliau beri jaminan ia bebas dari unsur politik.” Saya yakin dengan profesionalisme pihak polis,”katanya.

Sementara itu waktu wartawan Agendadaily tiba di lobi Hotel Quality Inn,Shah Alam pada jam 2.10 pagi ada sekitar 300 orang berkumpul di situ.Kebanyakan mereka terdiri dari ahli PKR dan PAS.

Mereka dengar ucapan Ketua Penerangan PKR Tian Chua dan Ahli Parlimen PKR kawasan Machang, Saifuddin Nasution.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen kawasan Batu minta semua bertenang.

Saifuddin dalam ucapannya pula antara lain mendakwa skrip 1988 semacam berulang kembali.

Beliau turut mengesa semua penyokong PKR bertenang dan terus mengikuti dari sumber-sumber partiang sah.

“Kita telah maklumkan pada Datuk Nik Aziz yang berada di Perak dan Haji Hadi yang berada di luar negara. Lim kit siang telah berhubung dengan Datuk Seri Anwar, Karpal Singh dan semua pemimpin parti telah pun dimaklumkan tentang perkembangan ini agar mengetahui dengan tepat dari sumber kita,”katanya.

Anwar pula ketika itu difahamkan berada di bilik di tingkat atas hotel itu sedang berbincang dengan para peguamnya.

Tidak kelihatan sebarang kehadiran anggota polis sekitar hotel itu waktu itu.

Biro Penerangan PKR dalam kenyataan media mendakwa polis telah menahan Pembantu Khas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, SAIFUL BAHARI petang tadi (Sabtu).

Kenyataan itu juga mendakwa Saiful dipaksa buat kenyataan diliwat.

katanya pimpinan parti sedang berbincang langkah seterusnya dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan itu sidang media yang dijadualkan Ahad (29 Jun), pada jam 1 petang di Hotel Quality, Shah Alam oleh Anwar akan tetap diadakan.

Naib Presiden PKR Azmin Ali yang tiba di hotel itu pada jam 4.10 pagi kemudiannya beritahu para wartawan sidang akhbar akan dipercepatkan kepada jam 12.30 tengahari.

Katanya Anwar akan hadir bersama para peguamnya.

Menurutnya retreat para wakil rakyat PKR akan diteruskan mengikut jadual.

Pada waktu Azmin tiba jumlah orangramai yang masih menunggu di lobi tinggal sekitar 50 orang.

http://www.agendadaily.com


Responses

  1. Dakwaan terbaru ini mengingatkan mengingatkan saya kepada kes yang dihadapi oleh penyanyi M Daud Kilau sedikit masa lalu. Betapa beremosinya penyanyi berkenaan mempertahankan dirinya sehingga mendedahkan rahsia kejantanannya yang telah tidak berfungsi.

    Demikianlah jika orang sudah terfitnah. Tapi hairannya kes penyanyi berkenaan senyap begitu saja … Apa kesudahannya? Mungkin kes berkenaan bukan kes ahli politik kot?

  2. kan dia dah released at least 3 weeks ago.
    budak tu curi duit dia n digital camera rupanya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: