Posted by: pinkturtle2 | Jun 29, 2008

Sandiwara liwat : TPM dikaitkan…Anwar kononnya diancam bunuh

Sandiwara liwat : TPM dikaitkan…Anwar kononnya diancam bunuh

(Gambar: Gambar di atas menunjukkan Saiful Bukhri Azlan (baju biru) bergambar dengan pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas. Gambar ini yang didakwa oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail bukti wujudnya konspirasi libatkan pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk ‘kenakan’ Anwar. Untuk rekod, gambar ini dirakam pada Januari 2008 sebelum Saiful bekerja dengan Anwar dan pada masa itu beliau adalah pemimpin pelajar sebuah institusi pengajian tinggi).

TERBARU: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima ancaman bunuh dan dengan sebab itu beliau kini mendapat perlindungan di Kedutaan Turki untuk menjamin keselamatannya. Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis dibuat oleh PKR terhadap ancaman bunuh berkenaan.

Berita awal: Dalam usaha untuk menafikan tuduhan liwat yang dibuat terhadap Penasihat Parti Keadilan rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pembantu khasnya, Saiful Bukhri Azlan, Presiden PKR tampil dengan apa yang dikatakan ‘bukti kukuh’ wujudnya konspirasi yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk ‘balas dendam’ terhadap Anwar yang selalu mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibu.

Wan Azizah dalam sidang media tengahari Ahad, bukan sahaja mempertahan laporan polis Saiful adalah satu konspirasi tetapi menunjukkan gambar Saiful dengan seorang pegawai Najib di pejabat Timbalan Perdana Menteri bagi menimbulkan gambaran seolah-olah wujudnya pakatan antara Saiful dan pejabat Najib untuk ‘mengenakan’ Anwar.

Wan Azizah menunjukkan rakaman gambar tersebut yang terdapa di dalam telefon bimbitnya.

Walaupun tidak dapat menyatakan bilakah gambar itu diambil tetapi ia dilihat cukup untuk menyatakan laporan polis tersebut telah dirancang oleh pejabat Najib. Alasannya mudah, Njib selama ini menjadi ‘mangsa’ serangan Anwar dalam kes Altantuya dan kini ‘bukti gambar’ itu telah cukup menjadi bukti bahawa ada usaha di pihak Najib untuk ‘kenakan’ Anwar semula.

Namun sumber pejabat Najib memberitahu Agendadaily, gambar berkenaan dirakam semasa Saiful mengadakan pertemuan dengan dengan pegawai khas Najib yang dikenali sebagia Khairil Anas yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal pengajian tinggi di pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Menurut sumber itu, Saiful datang bertemu dengan Khairil Anas pada Januari lalu belum pun Saiful bekerja dengan Anwar bagi mendapatkan bantuan dalam urusan pemohonannya untuk mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran.

“Jika ini keadaannya, kita ingin bertanya bagaimana konspirasi boleh wujud. Pada masa itu Saiful tidak bekerja dengan Anwar pun dan kita sendiri tidak tahu selepas pilihan raya dia bekerja dengan Anwar.

“Jangan cuba alihkan isu sebenar dengan cuba memberikan bayangan kononnya pejabat Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan konspirasi nak kenakan Anwar. Ini kerja orang yang terdesak nak cari alasan bagi menutup tuduhan serius yang dihadapinya,” ujar sumber berkenaan.

Sementara itu, pada sidang media sebelum itu, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali menyatakan, semua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR berdiri teguh di belakang Anwar dan tetap menyokong penasihat PKR itu.

Menurut Syed Husin, mereka tidak mempercayai dakwaan Anwar meliwat pembantu khasnya.

Beliau juga turut menafikan kononnya Anwar kini berada di sebuah kedutaan asing bagi mendapatkan perlindungan politik.

Sebaliknya Anwar kata beliau, berada di tempat yang selamat demi untuk menjamin keselamatan dirinya.

http://www.agendadaily.com


Responses

  1. I really dont understand? Why does Anwar want to promote a mere person who just join into Pakatan Rakyat for 3 months to become his personal speacial assistant? Is the PKR does not have anyone else that is capable and they need to appoint a dropout from Uniten to become the special assistant to DSAI?

    Look at YB Dr Wan Azizah comments;
    This morning party president Dr Wan Azizah Wan Ismail said that Saiful was a volunteer who joined to help the party during the general election period three months ago.
    She added that little was known of him and that no background check was done on him as he was just a volunteer. He later become a special assistant to Anwar.

    I am in a great concern here…Can PKR really form a government, when they not even bother to do a thorough background check on a person to be taken as the special assistant to the “PM-in-Waiting”?

  2. Yang tu saya tak nak komen. Cuma yang saya tak faham, kenapa kes ini dilaporkan berlaku selepas pilihan raya ke-12 dan pada saat spekulasi yang kontoversi sedang melanda tokoh tertentu dalam kerajaan BN kita?

    Lagi pelik, di antara tempoh Anwar dibebaskan sehingga ke tarikh pilihan raya yang baru lalu, tak ada pula somebody yang mendakwa dirinya kena liwat. Top-top, kes ini meletup selepas pilihan raya yang menyaksikan kerajaan BN kita mengalami kemerosotan. Peliklah saya …

  3. tanda akhir zaman semakin jelas ketara, yang zalim dipuja dan alim dihina. tunggulah bala dari Allah SWT.

  4. Eloklah Anwar berlindung kat Kedutaan Turki. Kalau Rahim Noor dulu setakat main belasah. Kini pakai bom C4. Bahaya tu. Lihat apa jadi kat Altantuya.

  5. agree with kelisa…

    kenapa tak gembar gembur je sblom pilihanraya…
    baru terasa gempaknya malaya ini dgn kes2 yg sgt berprofil tinggi neh..

  6. siapa mak bapak si saiful tu? Rasanya keluarga dia ni macam tak ada iman dan Islam.Kalau nak kayake popular ke carilah cara lain yang halal.
    Rasanya semua ni nak mengalihkan pandangan rakyat kepada krisis ekonomi dan politik yg segala-segalanya sedang melonjak-lonjak dan meletup-letup bagaikan c4

  7. kpd saudara ADI..
    sape yg lu maksudkan “org alim 2”??ANWAR AL JUBURI ke??

  8. sdra ADI maksudkan orang alim ada banyak dah! dol Kamikaze! kalu ko nak rasa dijiburi pun ko bagi lah kek saifuliwati tu! mungkin akan dijuburi gak ko pasai dia besar betui tuh! mungkin anu dia pun besar gak!

    kamikaze ko tak nak contact umah saifuliwati ke? kah..kah..kah..!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: