Posted by: pinkturtle2 | Jun 29, 2008

Tunjuk perasaan: bandar-bandar di Kashmir lumpuh

Activists from a local political party, Lok Jan Shakti Party, burn an effigy of Jammu and Kashmir‘s former chief minister Mufti Mohammed Sayeed, during a demonstration in favour of a government’s decision to transfer forest land to a Hindu shrine trust, in Jammu June 29, 2008. The government of Indian Kashmir said on Sunday it would revoke its decision to transfer forest land to a Hindu shrine trust, a move that could defuse mass protests by Muslims across the Himalayan region.Reuters Pictures

Kashmiri Muslim protesters pack a street and shout pro-freedom slogans during a demonstration in Srinagar, India, Sunday, June 29, 2008. Indian Kashmir continued to be on boil seventh day straight Sunday as thousands held protests across the Himalayan region against what they charge is a government plan to build Hindu settlements in the Muslim-majority region.AP Photo

Tunjuk perasaan: bandar-bandar di Kashmir lumpuh

29/06/2008 6:28pm

SRINAGAR, India 29 Jun – Srinagar dan bandar utama lain di Kashmir India lumpuh apabila puluhan ribu penunjuk perasaan melancarkan bantahan terhadap rancangan kerajaan untuk membina penempatan Hindu di kawasan Islam.

Jurucakap Pasukan Polis Simpanan Pusat, Prabhakar Tripathi berkata, tiga orang terbunuh, beratus-ratus lagi cedera dan berpuluh-puluh buah kenderaan dibakar dalam bantahan hari keenam semalam.

Katanya, sekurang-kurangnya 12 askar dan 29 penduduk awam turut cedera dalam pertempuran yang memaksa pihak polis melepaskan peluru hidup dan gas pemedih mata bagi meleraikan penunjuk perasaan itu.

Jalan-jalan utama di Srinagar, yang merupakan bandar terbesar di Kashmir, lengang apabila kesemua kedai, pejabat dan sekolah ditutup.

Para penunjuk perasaan itu melaungkan slogan anti-India dan melontar batu ke arah polis serta merosakkan sekurang-kurangnya dua buah balai polis di sini.

Bantahan tersebut adalah antara yang terbesar pernah dilancarkan untuk menentang pemerintahan India sejak berlakunya pemberontakan pemisah yang meletus di wilayah Himalaya itu hampir dua dekad lalu.

Ia tercetus selepas kerajaan negeri menyerahkan 40 hektar tanah di kawasan Islam di Kashmir kepada Lembaga Kuil Shri Amarnath bagi membina kemudahan sementara untuk kegunaan beratus-ratus ribu pengikut Hindu yang menghadiri upacara keagamaan tahunan.

Bagaimanapun, penduduk Kashmir percaya kerajaan merancang untuk menjadikan struktur sementara itu sebagai penempatan tetap bagi masyarakat Hindu yang berkunjung ke sana.

Para pegawai menyangkal dakwaan tersebut dan berkata, kerajaan tidak pernah menggalakkan pemindahan pengikut Hindu ke Kashmir, yang merupakan satu-satunya negeri di India di mana majoriti penduduknya beragama Islam. – AP

http://www.utusan.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: