Posted by: pinkturtle2 | Julai 2, 2008

Anwar jumpa pemimpin PAS selepas buat laporan di IPK Shah Alam

Anwar jumpa pemimpin PAS selepas buat laporan di IPK Shah Alam

TERKINI SHAH ALAM, 1 Julai (Hrkh) – Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru selesai memberikan sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti KeADILan sejurus keluar dari IPK Shah Alam jam 3.30 petang tadi.

ImagePada ketika ini Anwar sedang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS antaranya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar, Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Sebelum itu, kira-kira jam 2.50 petang tadi, Anwar diringi peguamnya Sankara N Nair kelihatan memasuki perkarangan Ibu Pejabat Kontingen Polis (IPK) Shah Alam.

ImageSebaik ketibaan beliau, Anwar disambut oleh Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah, Bendahari Agung KeADILan, William Leong, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Akin dan ratusan penyokong sambil melaungkan reformasi.

Anwar tiba di IPK Shah Alam untuk membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung salahlaku kedua-duanya dalam mengendalikan kesnya pada tahun 1998-1999 yang lalu.

Wartawan Harakah dilokasi, Wan Nordin Wan Yaacob melaporkan, keadaan di IPK sekarang ini berada dalam kawalan yang amat ketat.

ImageKatanya, terdapat desas-desus bahawa bekas TPM itu akan ditahan di IPK Shah Alam, berhubung dakwaan kes liwat oleh bekas Pembantu Khasnya, Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun laporan terhadap Gani dan Musa tidak ada kena mengena dengan dakwaan terbaru terhadap beliau.

Sebelum ini Anwar menegaskan, beliau diperangkap dengan kes terbaru kerana pihak tertentu mengetahui bekas TPM itu akan membuat laporan polis terhadap AG dan IGP serta membuat pengumuman hasratnya untuk bertanding di sebuah kawasan pilihan raya.

ImageBagaimanapun dengan kewujudkan kes terbaru ini, segala gerak kerja politik beliau tertangguh.

Selepas di IPK Anwar dijadualkan akan memberikan sidang akhbarnya di Ibu Pejabat KeADILan di Damansara, seterusnya berucap dala ceramah umum di Stadium Malawati Shah Alam malam ini.

Bagaimanapun semua jadual beliau bergantung kepada suasana yang bakal berlaku di IPK Shah Alam.

Berita lanjut menyusul


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: