Posted by: pinkturtle2 | Julai 8, 2008

2,000 penunjuk perasaan sekat jalan utama

Thousands of supporters of the People Alliance for Democracy stage a protest in front of Thailand‘s national police headquarters in Bangkok Monday, July 7, 2008 to demand action on long-pending legal cases against toppled Prime Minister Thaksin Shinawatra.AP Photos

2,000 penunjuk perasaan sekat jalan utama

BANGKOK 7 Julai – Lebih 2,000 penunjuk perasaan antikerajaan hari ini bertindak menyekat sebatang jalan raya utama di bandar ini, sambil menuduh polis bertindak berat sebelah dengan menyebelahi para penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Penunjuk perasaan dari Pakatan Demokratik Rakyat (PAD) itu berarak menuju ibu pejabat polis kebangsaan yang terletak di tengah-tengah bandar ini.

Mereka melancarkan bantahan masuk minggu ketujuh untuk mendesak kerajaan meletakkan jawatan kerana mendakwa Perdana Menteri Samak Sundaravej boneka Thaksin.

Penunjuk perasaan itu yang berpakaian kuning iaitu warna diraja Thailand, berhimpun di perkarangan ibu pejabat polis sekali gus menambahkan lagi kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

“Kami tahu ada pegawai polis yang baik dan sebaliknya. Kami hendak menyokong pegawai polis yang baik itu.

“Kepada pegawai polis yang tidak baik dan membantu ahli politik tertentu, tidakkah anda malu dengan tindakan tersebut,” kata pemimpin PAD, Somsak Kosaisuk ketika berucap dari atas sebuah trak pada perhimpunan itu.

Somsak turut menuduh polis gagal menyiasat dakwaan yang dibuat ke atas bekas menteri Kabinet dan seorang pembantu Thaksin yang didakwa menghina Raja Bhumibol Adulyadej.

Kesalahan itu dianggap serius dan boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Pada tahun 2005, tunjuk perasaan yang diadakan oleh PAD telah membawa kepada rampasan kuasa tentera menjatuhkan Thaksin setahun kemudian.

Bekas Perdana Menteri itu yang didakwa melakukan rasuah, dijadual mula dibicarakan esok.- AFP

http://www.utusan.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: