Posted by: pinkturtle2 | Julai 22, 2008

Israel tembak penduduk Palestin bergari guna peluru getah

gambar yang dirakamkan oleh sebuah pertubuhan hak asasi Israel, B’Tselem semalam menunjukkan bagaimana askar-askar Israel melayan seorang penduduk Palestin yang ditahan selepas mengadakan tunjuk perasaan. Tangan lelaki berkenaan, Ashraf Abu Rahman diikat dan matanya ditutup sebelum kakinya ditembak dengan peluru getah, di Nilin, Tebing Barat. – AFP

27-years-old Palestinian Ashraf Abu Rahma displays bullets fired by Israeli soldiers that he collected at various demonstrations against Israel‘s separation barrier in the West Bank, as he sits outside a house in the West Bank village of Bilin, near Ramallah, Monday, July 21, 2008. A video released by an Israeli human rights group has sparked a military investigation into the abuse of the Palestinian protester by an Israeli soldier. The video released by B’Tselem shows a soldier firing a rubber-coated bullet near the foot of a West Bank man whose hands were bound and whose eyes were blindfolded. The group says 27-year-old Ashraf Abu Rahma was lightly wounded and was not hospitalized.AP Photo

Israel tembak penduduk Palestin bergari guna peluru getah

BAITULMAQDIS 21 Julai – Satu rakaman video oleh kumpulan hak asasi di Israel yang disiarkan melalui televisyen semalam menunjukkan bagaimana seorang askar Yahudi menembak seorang penduduk Palestin dengan peluru getah.

Babak dalam video itu yang dirakamkan oleh kumpulan B’Tselem menunjukkan penunjuk perasaan Palestin yang dikenali sebagai Ashraf Abu Rahman, 27, telah digari tangan dan ditutup matanya ketika seorang leftenan kolonel tentera Israel menahannya.

Ashraf hanya mengalami cedera ringan dalam insiden itu, yang berlaku pada 7 Julai lalu di perkampungan Nilin, Tebing Barat, tempat yang kerap menjadi lokasi protes membaling batu oleh penduduk terhadap tembok sempadan dengan Israel.

Pihak tentera Israel yang mendakwa lima orang pengawal sempadan, tiga askar dan dua orang pekerja di tembok itu cedera dalam protes yang diadakan pada Jun lalu itu, mengumumkan siasatan telah dimulakan selepas video tersebut ditayangkan di televisyen Palestin.

Namun jurucakap tentera Israel, Avital Leibovich menyatakan timbul beberapa kesangsian.

“Jelas filem itu tidak dirakamkan secara terus. Ada babak-babak yang hilang? Apa yang terkandung di dalamnya?” ujar Leibovich.

Jelasnya, lelaki tersebut pulang ke rumah dengan cedera pada ibu jari dan tidak memfailkan sebarang aduan.

Israel menegaskan bahawa tembok pemisah itu perlu bagi menghalang berlakunya serangan ke atas penempatan Yahudi di Tebing Barat dan pencerobohan ke atas Israel, namun ia dipersoalkan penduduk Palestin kerana rampasan tanah seperti itu memberi kesan buruk ke atas proses damai.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2004 telah mengeluarkan resolusi yang menuntut agar sebahagian tembok pemisah tersebut diruntuhkan dan sebarang pembinaan dihentikan namun ia langsung tidak diendahkan Israel.- AFP

http://www.utusan.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: