Posted by: pinkturtle2 | Julai 29, 2008

Ahmad Said minta BPR siasat TTI dan Piala Monsun,

Ahmad Said minta BPR siasat TTI dan Piala Monsun, BPR minta maklumat dari Ahmad Said

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said meminta supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dua projek yang dijalankan dibawah pentadbiran Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas penyiasatan yang sedang dilakukan oleh BPR keatas kes penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 yang terlalu mahal dan tidak munasabah.

“Saya minta saya bukan sahaja alu-alukan penyiasatan BPR (keatas kes penyenggaraan kereta),

“BPR jangan pilih-pilih tempat nak siasat, pergi siasat Taman Tamadun Islam, pergi siasat pembinaan dan pengrusan Monsun dan Pulau Duyong, itu lagi besar,”kata beliau di Kuala Terengganu kelmarin.


Sehubungan dengan itu, Sinar Harian melaporkan hari ini, BPR berharap Menteri Besar Terengganu tampil memberikan maklumat berhubung dakwaan penyelewengan dalam pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan penganjuran Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, pihaknya tidak boleh bertindak tanpa sebarang maklumat berkenaan dakwaan tersebut.

“Sekiranya beliau mempunyai maklumat berhubung dakwaan tersebut, silalah tampil memberikan kenyataan malah kita amat mengalu-alukannya.

“Kita bukanlah orang suruhan pihak tertentu yang bertindak apabila diberikan kenyataan, sebaliknya ia hanya dilakukan berdasarkan maklumat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu itu kelmarin yang meminta supaya BPR menyiasat kedua-dua projek berkenaan.

Jelasnya, BPR turut berharap agar orang ramai juga tampil memberikan maklumat berhubung dakwaan itu jika benar terdapat penyelewengan.

BPR sudah memulakan siasatan kes penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive Kerajaan Terengganu yang terlalu melampau dengan mengambil dokumen-dokumen berkaitan untuk penelitian.

Antara yang diambil keterangan termasuklah empat pemandu Exco.

Bacaan Berkaitan :
Kejohanan Piala Monsun akan disiasat BPR?
‘Kertas Putih’ untuk Monsoon Cup


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: