Posted by: pinkturtle2 | Julai 30, 2008

Saiful hadir pemeriksaan lain, bukan untuk liwat – Pusrawi

Saiful hadir pemeriksaan tetapi bukan untuk liwat – Pusrawi

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) – Hospital Pusrawi menjelaskan Mohd Saiful Bukhari Azlan datang mendapatkan pemeriksaan dengan Pegawai Perubatan Dr Muhamad Osman Abdul Hamid di hospital berkenaan kerana sakit perut bukannya liwat.

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan, hospital itu juga tidak mengaku mereka mengeluarkan sebarang maklumat rasmi kepada mana-mana pihak mengenai laporan perubatan Mohd Saiful sebagaimana yang disebar meluas di internet.

Pusrawi juga menjelaskan Dr Muhamad hanya merupakan seorang Pegawai Perubatan (General Practitioner) yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital berkenaan dan bukannya seorang doktor pakar.

Menurut Pusrawi Dr Muhamad juga menasihatkan pesakit Mohd Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan.

“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi,” sebagaimana dipetik dalam kenyataan itu.

Dalam sidang media itu, Pengurus Besar Pusrawi Wan Mahmood Wan Yaacob berkata laporan pemeriksaan Mohd Saiful tersebut kelihatan ‘genuine’ tetapi yang asli ada padanya.

Dr Muhamad Osman yang mula berkhidmat di Pusrawi pada Januari 2008 dan kini beliau dikatakan bercuti dan akan mula bertugas semula pada Isnin ini.

Wan Mahmood hairan bagaimana laporan pemeriksaan Mohd Saiful boleh bocor dan memberi jaminan akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat.

ImageDalam pada itu, Pengarah Perubatan Dr Kamaruddin Ahmad yang turut serta dalam sidang media itu, tidak menolak ada pihak tertentu yang diupah untuk membocorkan maklumat pemeriksaan Mohd Saiful.

Wan Mahmood berkata, terdapat dua orang doktor yang telah memeriksa Mohd Saiful pada hari berkenaan salah seorangnya adalah perempuan.

Oleh sebab itu, terdapat jenis tulisan tangan yang berbeza pada laporan tersebut bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut berhubung identiti doktor wanita tersebut.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Kalau dia datang ke Pusrawi untuk sakit perut, kenapa pulak lubang pungkoknya yang diperiksa? Ini prosedur baru ye? Baru lah aku tau …

  2. Oiii Pusrawi…per hal nie??? Takut ehh??? Ko x takut ke ngan balasan Allah??


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: