Posted by: pinkturtle2 | Julai 30, 2008

Saiful Akan bersumpah menggunakan al-Quran dalam masa terdekat

LAPORAN QAZAF… Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi memberi keterangan berhubung laporan qazaf yang dibuatnya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh beliau.

Ketika ditemui pemberita selepas dua jam memberi keterangan, Anwar berkata, beliau turut mengemukakan pendapat profesor Universiti Al Azhar, Syeikh Tahar Jabir Al Ewani, bahawa hukum qazaf itu terpakai bagi kes liwat dan zina.

Mengikut qazaf, seseorang yang menuuduh orang lain melakukan zina, perlu menyediakan empat saksi. Ada pakar menyatakan bahawa qazaf tidak meliputi perbuatan liwat.

Ditanya uraura beliau ditahan semula, Anwar berkata: “Saya tidak bimbang tentang kemungkinan akan ditahan polis sekali lagi dan berharap polis tidak akan berbuat begitu.

Liwat: Saiful dakwa ada ‘kes kuat’, siasatan polis selesai sebelum 18 Ogos?

30-07-2008 09:44:21 PM

…Dalam pada itu, Saiful dalam kenyataan yang ditulis sendiri dengan tangan berkata: “Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes ini.”

Kenyataan itu dibacakan oleh peguamnya, Zamri Idrus pada sidang akhbar di sini petang ini – beberapa jam selepas Anwar selesai memberi keterangan di JAWI.

Sehubungan itu kata Saiful, dia menuntut supaya Anwar tidak berdolak-dalik dalam kes berkenaan.

“Saya telah membuat laporan polis berkenaan saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas laporan polis saya tersebut.

“Saya kini sedang menunggu hasil siasatan daripada pihak polis untuk membawa individu yang terbabit ke muka keadilan,” katanya dalam kenyataan bertarikh hari ini.

Mohd Saiful akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran dalam masa terdekat, kata peguamnya.

Zamri Idrus berkata, sehingga kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) belum menghubungi anak guamnya itu berhubung akuan bersumpah.

“Saiful akan bersumpah dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya. Buat masa ini biar polis menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.

“Beliau tetap dengan pendiriannya untuk membuat akuan bersumpah dan beliau melakukannya dengan sukarela, bukan atas paksaan,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful diugut oleh pihak tertentu memandangkan keengganannya bersemuka dengan pihak media, Zamri berkata, anak guamnya berbuat demikian kerana sebab keselamatan tetapi beliau akan menemui wartawan apabila tiba masanya.

“Saiful bukan takut jumpa media tetapi bimbang akan keselamatannya. Buat pengetahuan pihak media, Saiful masih berada di negara ini dan berada di bawah perlindungan polis,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful pernah pergi ke Hospital Pusrawi untuk membuat pemeriksaan doktor berhubung kes liwatnya, Zamri berkata: “Tiada komen mengenai laporan perubatan itu dan biar polis jalankan siasatan mereka. Semua perkara berkaitan kes liwat ini sudah diberitahu kepada pihak polis dan Saiful bersedia memberi kerjasama kepada polis bila-bila masa.

Zamri berkata, anak guamnya mempunyai “kes yang kuat” untuk membuktikan dirinya diliwat oleh Anwar.

Mohd. Saiful juga berharap polis akan mempercepatkan siasatan dan meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu.

http://www.mstar.com.my


Respon

  1. Weh la, mana ada sumpah guna al quran, itu bukan cara islam, itu adalah cara yahudi dan nasrani. tu la pasal, benda kena belajar bukan main sebut je.
    Ni lagi satu , peguam si saypool ni, berapa dapat bayaran, berapa kali dah jumpa saypool , baik bela benda lain la, laporan pusrawi membaraikan tuduhan lewat ni.

  2. Marilah kita bersama sama berfikir sejenak. Pada hari Isnin laporan pemeriksaan Pusrawi mengatakan tiada kesan liwat.
    (mungkin Saiful hadapi masalah sembelit yg kronik)

    Pada hari Selasa kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa Pusrawi boleh diambil tindakan akibat kebocoran maklumat pesakit.
    (Tahukah anda inilah adalah satu kenyataan yg tersirat, bermakna satu ugutan untuk orang atasan Pusrawi)

    Pada hari Rabu, Pusrawi mengatakan Doktor yg memeriksa Saiful hanyalah pegawai perubatan biasa. Tiada pemeriksaan liwat dijalankan.
    (Persoalannya, mengapa Pusrawi mengambil masa dua hari untuk menerangkan perkara diatas, mungkinkah terlalu ramai doktor yg mempunyai nama yg sama atau beribu doktor bertugas di Pusrawi, mengapa tidak pada hari Selasa, atau mungkinkah Pusrawi diberi masa (dua hari) untuk mencari alasan atau dikenakan tindakan undang-undang). Mengapa perlu masa dua hari utk menerangkan kpd rakyat Malaysia bahawa Dr Mohamad hanyalah pegawai perubatan biasa?

    Dua orang doktor memeriksa Saiful, doktor pertama adalah wanita, beliau merujukkan kes ini kepada Dr. Mohamad, mengapakah seorang doktor pakar merujuk kpd pegawai perubatan biasa, mengapa tidak beliau memberi cadangan rujuk terus hospital kerajaan?
    Apakah doktor wanita tersebut tidak mengetahui bidang tugas Dr. Mohamad yg bekerja ditempat sama?

    Persoalan seterusnya, apakah anda boleh mempercayai Pusrawi mulai sekarang kerana seorang doktor pakar merujuk kes ini kpd pegawai perubatan biasa? Apakah ini tidak menyalahi etika perdoktoran. Contoh yg senang, apakah doktor mata akan merujuk kepada pakar sakit puan?

    Pusrawi juga mengatakan tiada pemeriksaan liwat dilakukan.
    Persoalannya kenapa didalam report dinyatakan tiada pendarahan di lubang jubur SiFool.

    Jika anda tidak arif didalam sesuatu perkara, jika ada yg bertanya, sudah tentu anda akan merujuknya kepada orang yg lebih arif, common sense. Tak perlu jadi doktor utk mengetahui perkara begini. Satu contoh lagi, jika anda memerlukan alat ganti kereta dan tiada ditempat yg anda biasa beli, mereka akan merujuk anda kepada tempat alat ganti yang lain yg sama atau lebih besar. Pernahkah anda dengar mereka menyuruh anda ke kedai menjual kain?

    Tahukah anda, berapa ramai pemimpin UMNO akan hilang pekerjaan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Walau apa cara sekalipun, saya berpendapat mereka akan mencipta bukti palsu.

    Fikir-fikirkan lah untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Jika benar mereka terlibat didalam mecipta bukti palsu, saya doakan mereka semua mati didalam keadaan yg sangat hina dan dahsyat. Allah jua yang maha mengetahui.

  3. SIAL full & peguam mamak,

    Quran bukan untuk paki bersumpah tapi untuk dibaca, difahami dan taati. Itulah bila emak bapa tak faham Islam, anak apatah lagi. Lihat saja rupa Auntie Pete dia dan kakak dia. Kalau siapa ada gambar emak bapa dia upload suapay dapat kita mengenal keluarga ini. Orang kata dari wajah dan perwatakan boleh mengambar keperibadian.

  4. Tabik springlah Sayfoool, gerangan sanggup melafazkan sumpah berikut yang begitu berat:-

    Wabil kondominium RM2.2 jutahi!

    Wabil RM10 jutahi!

    Wabil pak sanggup kambing hitami!

    Eh eh eh jantan seekor ni, tanpa segan-silu buat malu dan tergamak mengaibkan bangsanya sendiri. Puiiih!!!

  5. Aku tak faham…biasanya dalam kes rogol atua liwat mangsa akan buat laporan polis dulu dan selepas itu baru polis buat arahan membuat pemeriksaan doktor. Tapi dalam kes si saiful ini, suka-suka dia pergi check jubur dulu nak confirm koyak atau tidak. Dah confirmed baru buat polis report. Kan pelik tu.

  6. masih tak faham lagi mengenai agama. baru saja dr asri mufti perlis tegur sumpah dengan nama Allah bukannya Al-Quran. apabila si jahil bersumpah dengan apa pun boleh bersumpah. dalam undang-undang keterangan Islam konsep pendakwaan al-baiyiinah ala muddai wal yamin ala man ankara. yang membawa maksud keterangan atas orang yang mendakwa dan sumpah ke atas yang kena dakwa. jadi dalam konsep ni dah terkalih org nak dakwa pula tergesa-gesa nak sumpah tanpa bukti apa-apa pun pada mahkamah. pelik bin ajaib. tanda-tanda akhir zaman. tengok polis kata pada ac mizal, afdlin dan awie dalam filem baik punya cilok “bicara dulu baru tau salah ka tak salah”.


Tinggalkan komen

Kategori