Posted by: pinkturtle2 | Julai 31, 2008

UMNO Guar Tinggi lulus usul Pak Lah, Najib berundur

UMNO Guar Tinggi lulus usul Pak Lah, Najib berundur

30-07-2008 08:37:02 PM

PADANG BESAR: UMNO cawangan Guar Tinggi di dalam bahagian Padang Besar meluluskan usul supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan masing-masing.

Ketua UMNO cawangan itu, Yaacob Man berkata, hari ini usul itu yang dibawanya diluluskan sebulat suara oleh 85 anggota yang menghadiri persidangan UMNO cawangan itu di Dewan Orang Ramai Guar Tinggi, Ahad lalu.

Abdullah dan Najib perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan UMNO dan BN di beberapa negeri pada pilihan raya umum 8 Mac lepas dan pengunduran mereka adalah bagi membolehkan usaha memantapkan parti dilaksanakan, katanya kepada pemberita di sini.

Yaakob yang juga anggota jawatankuasa UMNO Padang Besar berkata, jika Abdullah dan Najib terus menerajui UMNO, mereka mungkin mendapat tentangan pada perhimpunan agung parti akhir tahun ini. BERNAMA

http://www.mstar.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: