Posted by: pinkturtle2 | Julai 31, 2008

Exco kerajaan Terengganu akan di panggil BPR

Exco kerajaan Terengganu akan di panggil BPR

Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian berkata, Exco kerajaan negeri Terengganu yang terlibat dengan kes kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang melampau akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Menurutnya, lima pemilik bengkel telah ditahan manakala lebih 20 orang telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk pegawai dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan mekanik sejak siasatan kes berkenaan dimulakan minggu lepas.


Utusan Online memetik beliau berkata, semua pemilik bengkel ini sedang direman selama tiga hari bermula semalam bagi tujuan siasatan sehingga BPR berpuas hati dengan keterangan mereka.


”Jika perlu kita akan panggil Exco untuk bantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurutnya, BPR sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan siasatan kes itu dan mendakwa mereka yang didapati bersalah secepat mungkin sekiranya wujud unsur penyelewengan.


Mengenai memorandum yang dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS meminta supaya BPR menyiasat penganjuran Piala Monsun dan pembinaan Taman Tamadun Islam, beliau berkata, BPR akan meneliti perkara itu.

Semalam, kedua-dua Pemuda dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah membuat laporan dan menghantar memorandum kepada BPR, meminta BPR menyiasat projek Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, penganjuran Piala Monsun di Pulau Duyong dan mempercepatkan siasatan keatas kes tersebut.


”Jika laporan memorandum itu mempunyai asas, kita akan siasat kes ini,” ujar Shaharudin.


Beliau berkata, BPR sentiasa responsif dan telus dalam menjalankan siasatan tanpa memilih ‘bulu’.

http://buletinonline.net


Responses

  1. kita mungkin boleh percaya kalau BPR kata “sentiasa responsif dan telus dalam menjalankan siasatan tanpa memilih ‘bulu’.”

    masalahnya…

    bila laporan siasatan sampai pada AG Guni 4tahil, dia ni la yg pilih bulu mana nak dakwa mana nak sorok!

    kalau la BPR sendiri boleh membawa semua kes yg dia siasat ke muka pengadilan…

  2. poorah lah…lu olang semua mampus laih baik dah! usung ngan keta lumbu! Lumbu cap meno punya hahahah! laih baik!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: