Posted by: pinkturtle2 | Julai 31, 2008

Berdasarkan Kegagalan BN,Kita Pilih Pakatan Rakyat Pula Untuk Memerintah

Dua Calon PM Selepas Pak Lah, Najib Atau Anwar?

Malaysia kini punya dua pilihan, BN atau Pakatan Rakyat untuk memerintah. Malaysia juga kini punya dua calon PM selepas Pak Lah, Najib atau Anwar. Nak pilih mana satu?

Mari kita fikir dulu. BN @ UMNO telah memerintah 50 tahun. Selama itu, UMNO mendakwa mereka telah berjuang untuk membela martabat Melayu.

Tapi hakikatnya, Bahasa Melayu pun UMNO tak terbela. Kini Bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar untuk subjek Matematik dan Sains di sekolah. Tak mustahil lepas ini BM akan terus merosot jadi bahasa orang kampung!

Selain itu, tanah simpan Melayu juga UMNO tak larat nak jaga. Kini kawasan tanah simpan Melayu semakin mengecil selepas 50 tahun negara merdeka. Balak kat Pahang pun hampir habis ditebang.

Dari segi ekonomi, UMNO hanya berjaya meningkatkan harga minyak tapi gagal meningkatkan ekuiti milik Melayu.

Bila mereka gagal, mereka salahkan orang Melayu dan mereka anggap Melayu sebagai bangsa yang pemalas dan mudah lupa. Banyak lagilah kalau nak cerita. Jadi lepas ni, kita tak payah pilih dia oranglah.

Pakatan Rakyat pula belum teruji tetapi penuh dengan janji-janji yang mengujakan hati.

Dari segi calon PM pula, Najib terlibat dengan spekulasi pembunuhan Altantuya. Manakala Anwar pula hanya dituduh meliwat Saiful.

Tapi Altantuya dah mati. Mayatnya pun hancur berkecai dan sukar dikenali. Saiful, mangsa liwat Anwar pula masih hidup sihat walafiat. Sehingga kini tak ada pula berita mengatakan Saiful telah hamil.

Berdasarkan kegagalan BN @ UMNO tu, apa kata kalau saya cadangkan, kita pilih atau kita test Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia lepas ni.

Lagipun antara Najib dengan Anwar, dahsyat Najib lagi. Anwar hanya dituduh kes liwat aje, tapi Najib dikaitkan dengan kes bunuh. Mana lebih ganas bunuh atau liwat? Lagi pun, Saiful masih hidup walaupun lepas kena liwat 8 kali!

Tapi kalau Anwar @ Pakatan Rakyat tak bagus nanti, kita kembalilah pada BN @ UMNO. Tak ada masalahkan.

Ala, macam yang berlaku kat Sabah dan Terangganu tu. Bila PBS tak elok, orang Sabah balik sokong BN. Begitu juga kat Terengganu. Bila orang Terengganu boring kat PAS, dia orang kembali kat BN.

Itulah namanya demokrasi. Apa macam semue? Tak ada unsur judi kan?

Kiriman: Real jpns_pentd@hotmail.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: