Posted by: pinkturtle2 | Julai 31, 2008

Siasatan telah dimulakan, Idris Akan Dipanggil

Siasatan telah dimulakan, Idris Akan Dipanggil Dalam Kes Piala Monsun dan TTI

Kuala Terengganu – Walau pun namanya tidak disebut secara ‘langsung’ namun semua pihak tahu bahawa bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh adalah individu yang dimaksdukan sebagai ‘bekas pemimpin Terengganu’.

Agensi Bernama melaporkan lewat malam semalam, Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak menolak kemungkinan memanggil ‘bekas pemimpin negeri ini’ bagi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong dan pembangunan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan.

Pengarah BPR Terengganu Sharuddin Sapian berkata pihaknya telah pun memulakan siasatan awal berhubung dakwaan terdapatnya penyelewengan dalam penganjuran Piala Monsun dan pelaksanaan projek TTI. Namunsiasatan dihentikan.

Beliau berkata dengan dasar responsif dan telus, BPR akan memanggil sesiapa sahaja yang dapat membantu.

“Kita akan panggil sesiapa sahaja kalau mereka ada maklumat untuk membantu siasatan berhubung kedua-dua kes itu,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, ekoran kenyataan yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said Jumaat lepas yang mahukan BPR turut menjalankan siasatan berhubung kedua-dua projek tersebut, BPR telah membuka semula kertas siasatan kes-kes itu.

“Kita akan tunggu Menteri Besar balik daripada umrah kerana beliau yang bangkitkan isu itu. Mungkin dia ada maklumat yang lebih fokus,” katanya.

Ahmad kini sedang menunaikan umrah dan dijangka pulang ke tanah air pada 5 Ogos ini.

Sharuddin turut meminta sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut supaya tampil untuk memberi keterangan dan menyerahkan segala dokumen berkaitan, bagi membantu siasatan.

Sementara itu, beliau berkata siasatan kes penyenggaraan 16 buah Proton Perdana V6 Executive kerajaan negeri yang mencecah RM1.07 juta bagi tempoh empat tahun lepas sejak 2004, kini berada pada peringkat akhir.

Setakat ini, katanya lebih 20 saksi telah dipanggil memberi keterangan dan lima pengusaha bengkel kereta telah pun ditahan reman berhubung penyelewengan dalam kes itu.


Beliau, bagaimanapun enggan mengulas tarikh mereka yang terbabit, untuk dihadapkan ke mahkamah.

Sharuddin berkata BPR juga akan memanggil exco serta pegawai kanan kerajaan negeri untuk memberi keterangan jika terdapat keperluan berbuat demikian.

http://buletinonline.net


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: