Posted by: pinkturtle2 | Julai 31, 2008

Umno Cawangan Kg Tua Mencadangkan Najib Bertanding Jawatan Presiden

Tiada maaf bagimu Pak Lah…

Umno cawangan Kampung Tua dalam bahagian Langkawi tidak dapat memaafkan presiden parti itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lalu.

Lantaran itu, cawangan tersebut mengusulkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno Disember ini.

Dalam mesyuaratnya pada 26 Julai lalu, cawangan tersebut turut mengusulkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan timbalan presiden.

“Datuk Seri Abdullah perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan tersebut…beliau perlu mengundurkan diri,” kata ketua cawangan tersebut, Mansor Hashim.

“Kita mahu orang lain dan pada pandangan ahli-ahli cawangan, orang yang paling layak menjadi presiden parti ialah Najib dan timbalannya pula ialah Muhyiddin,” katanya.

Najib dan Muhyiddin masing-masing merupakan timbalan presiden dan naib presiden Umno.

Keputusan tersebut, kata Mansor, dibuat oleh semua 41 ahli Umno cawangan Kampung Tua yang hadir dalam mesyuarat agungnya pada 26 Julai lalu.

“Tiada seorang pun yang membantah usul tersebut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, dua cawangan Umno di Pahang – Bukit Kuantan 3 (bahagian Paya Besar) dan Kampung Ubai (bahagian Pekan) mahu Najib bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno Disember depan.

Sehingga ini, kata Mansor, 13 cawangan daripada 91 cawangan dalam bahagian Langkawi telah mengadakan mesyuarat masing-masing.

Beliau mendakwa, ada beberapa cawangan lagi yang akan mengusulkan Najib untuk jawatan presiden dan Muhyiddin sebagai timbalan.

Bagaimanapun, katanya, sebahagian mereka tidak berani berbuat demikian kerana sebab-sebab tertentu.

Sementara itu, ketua bahagian sekarang, Datuk Abu Bakar Taib dijangka ditentang oleh timbalannya, Datuk Nawawi Ahmad dalam pemilihan ketua bahagian September ini.

Ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, Mohd Amin Bahari memberitahu, sehingga ini Abu Bakar mendapat empat pencalonan, manakala Nawawi sembilan.

Abu Bakar merupakan ahli Parlimen Langkawi manakala Nawawi adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah.

Abu Bakar juga sudah empat penggal menjadi ketua bahagian Langkawi, manakala Nawawi tiga penggal sebagai timbalan ketua bahagian.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. DSAI will be contest by election in Permatang Pauh!
    The road to Putrajaya is getting closer!!!
    DSAI, save the nations!!!!

  2. assalamaulaikum…
    kpd pmmpin2 umn0 kt ayer hgt, jgnlah trlalu taksub dgn fahaman p0litik anda… byk perkara yg perlu anda sedar, masyarakat dh muak tgok perangai anda semua… imam masjid pon xbleh diharap, masjid dijadikan batu l0ncatan utk memaki hamun puak2 pembangkang… sedarlah! awak tu imam, tunjuk la cnt0h yg terbaik kpd anak kariah… org nk p msjid p0n malas… jgn nk ik0t hati per0t hampa ja…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: