Posted by: pinkturtle2 | Julai 31, 2008

Siasatan Kes Liwat Anwar Selesai: Syed Hamid

Siasatan Kes Liwat Anwar Selesai: Syed Hamid

PUTRAJAYA, 31 Julai (Bernama) — Siasatan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Katanya adalah menjadi prosedur pihak polis untuk menyerahkan kertas berikut kepada pejabat Peguam Negara sebaik sahaja proses siasatan selesai dilakukan.

“Saya difahamkan bahawa proses siasatan telah selesai, dan kertas itu telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara. Terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk menentukan bentuk dakwaan yang akan diambil,” katanya.

Bagaimanapun, Syed Hamid berkata beliau tidak diberitahu mengenai isi kandungan kertas siasatan tersebut.

“Saya bukan pihak yang bertanggungjawab dengan siasatan itu, bagaimana saya boleh tahu. Sebagai menteri, saya tidak campur tangan dalam siasatan,” katanya.

Mengulas ura-ura polis akan menahan Anwar hari ini, Syed Hamid berkata semua pihak hendaklah membiarkan perkara tersebut berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Biarlah ia berlaku mengikut proses. Undang-undang kita menetapkan bahawa Anwar tidak bersalah sehingga beliau dibuktikan (bersalah). Tiada dakwaan setakat ini terhadapnya,” katanya.

http://www.bernama.com.my


Responses

  1. bila ja dato seri anwar umum nak bertanding hari ni barulah terketar-ketar si lebai asbar umum dah selesai siasatan. sepatutnya polis umumkan bukannya dia. mungkin ada udang disebalik mee. umno ingat melayu mudah lupa. mungkin kali ni sekiranya anwar ke penjara demontrasi lebih besar akan berlaku sehingga tentera mengambil alih kerajaan. bautlah apapun pada masa sekarang ni nampak sangat motif politik bagi menjatuhkan anwar.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: