Posted by: pinkturtle2 | Julai 31, 2008

Anwar dijangka cuba ditahan dalam tempoh 48 jam

Anwar dijangka cuba ditahan dalam tempoh 48 jam

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) – Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijangka akan ditahan dalam tempoh 48 jam berhubung kes dakwaan meliwat bagi menyekat beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata KeADILan tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.

“Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan,” kata Tian Chua seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

“Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil,” tegasnya.

Hari ini, polis telah melengkapkan siasatan dakwaan liwat Anwar Ibrahim dan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sebelum itu, pada jam tiga petang tadi isteri Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai ahli parlimen kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada beliau bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi itu.

Wan Azizah bagaimanapun memberitahu beliau kekal sebagai Presiden KeADILan dan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya jam 3 petang tadi, Wan Azizah juga memberitahu beliau telah menghantar surat perletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Pada pilihan raya baru-baru ini, Wan Azizah mendapat majoriti sebanyak 13,388 di Permatang Pauh menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang hanya memperolehi 16,950 undi.

Beberapa hari lalu, Anwar disebut-sebut akan bertanding di kerusi Kulim Bandar Baru, Kedah, selain beberapa kerusi di Lembah Klang termasuk Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Gombak.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Apa ni? Kalau dah tahu DS Anwar akan ditangkap, kenapa tidak seluruh PR berganding bahu melakukan sesuatu untuk melindungi DS Anwar daripada ditangkap?

    Sebab, kalau dah ditangkap, baru nak melakukan sesuatu, rasanya sudah terlambat.

    Kali ini, kalau benar DS Anwar ditangkap oleh para bajingan pengamal perundangan binatang, mungkin ia akan menghabiskan sisa-sisa hayatnya dalam penjara.

    Dan betapa penguasa melayu kini, mengingatkan saya kepada kisah Hang Nadim!

    “Tidak dapat dikalahkan kejahatan, melainkan dengan kekuatan”

  2. Kebanyakan rakyat Malaysia merasa teruja apabila Anwar Ibrahim menyatakan kesediaannya bertanding di kerusi Permatang Pauh, yang telah dikosongkan oleh isterinya, Wan Azizah semalam. Apakah yang dapat dipelajari oleh rakyat Malaysia melalui episod ini?

    1. Parlimen dihina dan rakyat diperkotak-katikkan

    Wan Azizah dan Anuar Ibrahim menganggap jawatan wakil rakyat yang dipegang seolah-olah macam Taukeh Kedai Kopi, yang boleh dkosongkan bila-bila masa. Mandat yang diberikan rakyat dipermainkan. Pilihanraya bukanlah medan untuk seseorang mengumpul kekayaan, mendapat kekayaan berjuta atau menguji populariti dan juga bukan juga untuk mengejar cita-cita peribadi. Wan Azizah dan Anwar Ibrahim telah membuktikan konsep politik kekeluargaan yang diamalkan oleh kaum-kaum terdahulu seperti Bani Umaiyyah, Bani Abassiah dan juga golongan di raja Firaun. Inikah yang dikatakan pejuang rakyat?

    2. Berjuta wang rakyat bakal dihabiskan

    Belumpun memegang jawatan dan kuasa, wang rakyat sudah hendak dibelanjakan. Berapa banyakkah wang rakyat yang bakal dihabiskan. Berjuta!! Pembaziran mengadakan pilihanraya kecil kerana hendak memuaskan hati seorang pemimpin yang gelojoh dan gopoh bernama Anwar Ibrahim patut dielakkan. Bukankah lebih baik wang berkenaan digunakan untuk perbelanjaan rakyat marhaen??
    3. Sikap pengecut yang ditunjukkan oleh “US Stooge”

    “Saya bersedia bertanding di mana sahaja.” Cakap kosong orang politik yang tidak mempunyai maruah. Janji tinggal janji. Balik-balik kampung sendiri yang dicari. Kalau betul anak jantan dan hendak menguji populariti kenapa tidak berani bertanding di Johor, misalnya? Si pengecut inikah yang hendak dijadikan Perdana Menteri? Bodohnya rakyat Malaysia!

    4. Perjuangan “US Stooge” = “Flip Flop PM”

    Persamaan di antara kedua-duanya:

    * Kedua-duanya “flip flop”, suka berbohong dan memutar belitkan kenyataan.
    * Perjuangan keluarga dan anak beranak melebihi perjuangan rakyat.
    * Kedua-duanya boneka. Satu boneka Singapura dan satu lagi boneka US.
    * Kedua-dua berlagak alim, tapi perangai ….
    * Kedua-dua berasal dari Pulau Pinang. Hanya berani masuk gelanggang dekat kampung sendiri sahaja.
    * Kedua-duanya masih merasakan mendapat sokongan rakyat, tanpa menyedari ramai yang telah muak.

    Akhir kalam, Ya Allah selamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada pemimpin-pemimpin yang tamak dan gelojoh serta rakus mengejar kekayaan dan kemasyuran di bumimu yang sementara ini. Amin.

  3. Salam hormat,

    Sudi apalah kiranya Cucu Tok Selampit mengajak DS Anwar berdebat tentang “kaedah pengurusan ekonomi moden.”

    DS Anwar telah mengajak Pak Lah dan Najib berdebat tentang kaedah pengurusan minyak, namun Shabery yang ke depan dengan hujah buih!

    Wassalam.
    – Naspazi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: