Posted by: pinkturtle2 | Julai 31, 2008

Tawaran balas MB Perak, sertailah Pakatan Rakyat

Tawaran balas MB Perak, sertailah Pakatan Rakyat

31-07-2008 10:32:29 PM

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini membuat tawaran balas kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan kesemua 27 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang lain untuk menyertai kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

Beliau berkata, tawaran itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini menolak sebarang usaha mengadakan kerjasama dengan UMNO dan BN untuk mewujudkan kerajaan campuran sama ada di peringkat pusat atau negeri.

“Saya ingin membuat tawaran itu setelah keputusan pusat menyatakan tidak menerima ataupun tidak mengiktiraf (kerjasama tersebut).

“Maka saya lebih cenderung hari ini membuat tawaran supaya Tajol Rosli dan rakanrakan Yang Berhormat dia masuk ke dalam Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat di Jabatan Agama Islam Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, UMNO Perak menawarkan kepada PAS untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan negeri yang lebih kukuh malah Tajol Rosli sendiri pernah menjamin kerusi jawatan Menteri Besar Perak kekal di tangan PAS jika cadangan perkongsian kuasa itu direalisasikan.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat Perak mampu menerima kesemua 28 ADUN BN, Mohammad Nizar berkata, mereka boleh menyertai mana-mana komponen Pakatan Rakyat sama ada PAS atau Parti Keadilan Rakyat manakala wakil rakyat tunggal MCA Dr Mah Hang Soon boleh menganggotai DAP.

Sambil akur dengan keputusan pucuk pimpinan PAS pusat menolak segala bentuk kerjasama itu, beliau berkata, PAS Perak tetap dengan pendirian untuk bersama dengan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Katanya, kesemua 31 wakil rakyat Pakatan Rakyat telah berjanji untuk samasama mempertahankan kerajaan yang mendapat perkenan Sultan Perak. BERNAMA

http://www.mstar.com.my


Responses

  1. kepada semua wakil rakyat BN, masuklah pas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: