Posted by: pinkturtle2 | Ogos 1, 2008

Ezam Akan Bongkar Segalanya Tentang Anwar Di Permatang Pauh

Ezam Akan Bongkar Segalanya tentang Anwar

Ezam Akan Bongkar Segalanya tentang Anwar

Ezam ‘ nak sambut ’ Anwar di Permatang Pauh

Ezam Mohd Nor nak jadikan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh gelanggang terbaik mendedahkan apa yang didakwannya bagaimana bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati politik negara serta orang Melayu selama ini.

Bekas Ketua Pemuda PKR itu berkata, beliau tidak pernah takut berdepan Anwar kerana ianya bukan soal kalah menang tetapi soal maruah dan tanggungjawabnya menjelaskan kepada rakyat siapakah Anwar sebenarnya.

“Saya bersedia berada di barisan hadapan ketika kempen pilihan raya nanti. Seperti ditegaskan sebelum ini, saya tidak gentar bertarung dengan Anwar termasuk di Permatang Pauh,” katanya kepada Agendadaily, lewat Khamis malam.

Beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti UMNO serta Barisan Nasional (BN) menentukan siapa akan bertanding menentang penasihat PKR itu kelak.

Sebelum ini, Ezam sudah menyatakan kesediaanya bertarung dengan Anwar dalam pilihan raya kecil sama ada di Parlimen Bandar Tun Razak ataupun Kulim Bandar Baharu.

Berikutan pengumuman Anwar untuk bertanding, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar UMNO meletakkan Mohamad Ezam sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh menentang Anwar kelak.

Menurut Ezam, beliau tidak akan lari daripada tanggungjawab bagi menjelaskan kepada rakyat negara ini mengenai tindak tanduk Anwar yang dianggapkan sudah mengkhianati politik serta orang Melayu di negara ini.

Malah katanya, Anwar turut mengkhianati dirinya sendiri.

“Sama ada jadi calon atau tidak, saya mempunyai tugas untuk membetulkan semula kesilapan kerana memberi perspektif yang salah mengenai kerajaan sekarang kepada orang ramai selama 10 tahun bersama PKR,” ujarnya.

Ezam berkata, beliau akan bangkit dengan isu politik serta peribadi Anwar kerana selama ini, banyak yang diketahui mengenai bekas bossnya itu

http://agendadaily.com


Responses

  1. Assalamu’alaikum,

    Andai saja sdr Ezam bernafsu ingin menyaingi kilauan bintang DS Anwar, mudah saja!!!

    Berikan gagasan besar yang kualitinya memenuhi standard piawai antarabangsa bagi memungkinkan pengiktirafan oleh cendekiawan antarabangsa ke atas dirinya, sebagaimana pengiktirafan yang cendekiawan antarabangsa anugerahkan ke atas DS Anwar.

    Contohnya:

    “Tokoh Asia Baru”, “Lambang Kebangkitan Tamadun Timur”, “Lambang Alaf Baru” dan terkini “Guru Asia.”

    Sesungguhnya, betapa generasi melayu yang baik dan terpelajar tidak memerlukan Si Kitol.:)

    Wassalam.
    – Naspazi

  2. EZAM, BUKA LAH BEBERAPA KOTAK LAGI, BIAR HATI ANDA PUAS. HINGGA SETAKAT INI, SAYA MASIH TAK MENDENGAR KOMEN BURUK ANWAR MAHU PUN WAN AZIZAH TERHADAP KAMU. ANDA BERBALAH DENGAN AZMIN, HINGGA ANDA RASA SEPERTI DIKETEPIKAN OLEH ANWAR. ANDA KECIL HATI DAN MEMBAWA DIRI. ANDA AKAN DIKENANG DAN DISEBUT JUGA NANTI, JIKA ANDA BETUL-BETUL BERJUANG KERANA ALLAH. TETAPI MENCACI ,MEMFITNAH DAN MENJADI BARUA PEMERINTAH ZALIM TELAH MENJATUHKAN MARUAH DAN HARGA DIRI ANDA.

  3. Nampak sangat ezam ni buta sejarah……sejarah bro Anwar tak pernah kalah…..cakaplah berdegor wahai ezam…rakyat dah dapat menilai antara intan dengan kaca…..pada aku ezam ni macam perempuan s….l pun ada……melompat sana melompat…kawin UMNo kejap kutuk UMNO kawin Keadilan bila cerai kutuk keadilan pulak….lepas tu lompat UMNo pulak……tak ada pendirian dalam perjuangan…..sorry to say….patutlah dulu bertanding tiket keadilan kalah….rakyat dah tahu belangnya….ada rahmat kekalahan nya…..

  4. EZAM, MACAM LALANG. DULU SOKONG UMNO, MASUK PKR KUTUK GILA UMNO, SEKARANG NAK KUTUK DSAI. MAN, WHO ARE U? JIN KE SYAITAN? SIAPA PUN TAKUT NAK KAWAN DENGAN MU. SELALU LALANG TAK KEKAL, SEBAB LALANG TAJAM, SELALU KENA POTONG. LALANG TAKAN HIDUP LAMA… SO .. JANGAN JADI LALANG, SEBAB LALANG TETAP LALANG…H I P O K R I T… KALAU BN MENANG,,CUKUP CUKUP MAKAN JE.. TAKTIK KOTOR BIASA LA TU….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: