Posted by: pinkturtle2 | Ogos 1, 2008

Pelbagai ‘Berita Pelik’ Dalam Perlumbaan Merebut Kuasa UMNO Terengganu.

Pelbagai ‘Berita Pelik’ Dalam Perlumbaan Merebut Kuasa UMNO Terengganu.

Pelbagai ‘berita pelik’ telah kedengaran sejak kempen merebut jawatan ketua-ketua bahagian UMNO menjadi semakin membara di Terengganu.

UMNO Bahagian Hulu Terengganu terkehadapan dalam kempen ‘sindir menyindir’ dan ‘tuduh menuduh’, telah menggunakan media massa sebagai alat untuk hebahan.


Minggu lalu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Ku Tera) menuduh ‘team’ bekas Setiausaha UMNO Terengganu, Dato’ Rosol Wahid (Rosol) dengan dakwaan ‘ada pakatan’ yang dibuat untuk kepentingan peribadi.


Ku Tera membuat tuduhan itu kerana telah berasa panas dan hampir ‘kelemasan’ apabila dia dicabar secara jantan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Mohd Nor Othman (Cikgu Mad Nong).


Cikgu Mad Nong telah membuat perisytiharan secara terbuka akan mencabar Ku Tera.


Daripada sumber-sumber yang sah memberitahu bahawa Rosol telah lama membuat pakatan untuk menentang ‘team’ Ku Tera.


Pakatan beliau telah meletakkan Cikgu Mad Nong sebagai ayam tambatannya.


Sehingga kini, difahamkan Cikgu Mad Nong telah pun mendahului pencalonan yang diterima dari cawangan-cawangan.

Minggu ini, Rosol membalas serangan Ku Tera dengan menuduh team Ku Tera menjaja nama Menteri Besar Dato’ Ahmad Said (Mad Said) sebagai ‘pelaris’ kempen.


Rosol mendakwa beliau mendapat maklumat tersebut melalui beberapa orang Ketua Cawangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil.

Menurut Rosol, beliau tidak tahu setakat mana kesahihan cerita berkenaan, tetapi menyifatkan perkembangan itu boleh mengganggu-gugat mesyuarat cawangan dan menjejaskan imej dan nama baik Menteri Besar.

Beliau berkata, keadaan ini mewujudkan satu senario yang tidak sihat dalam politik di negeri ini dan ia mampu menggalakkan kepada perpecahan dalam parti.


Padahal sebaliknya, perpecahan UMNO Terengganu telah lama berlaku dan bagai ‘api dalam sekam’ ia tidak pernah padam.

Dalam perkembangan yang sama, Mad Said telah membuat kenyataan bahawa surat-surat layang telah melayang-layang dan beredar dengan tulisan memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin UMNO negeri Terengganu.

Mad Said juga berkata, keadaan itu menunjukkan petanda yang tidak baik kepada UMNO.


Seolah-olah dia lupa, pemimpin UMNO, sewaktu menolak beliau yang dipilih sebagai Menteri Besar Mac lalu, sanggup melakukan perbuatan yang lebih biadap dari itu.


Rosol, ketika diminta mengulas mengenai surat layang dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memburukkan pemimpin UMNO, memberitahu beliau tidak pernah mendengar mengenai perkara itu.

Jawapan itu menunjukkan Rosol sudah nekad dan ‘berpatah arang’, apa nak jadi, jadilah kali ini.


Baginya untuk tunduk kepada Mad Said, tidak sekali-kali !

Sebab itu, bila diminta mengulas mengenai kenyataan Mad Said yang menyeru supaya pemimpin UMNO mengelakkan pertandingan, Rosol menjawab, beliau tetap dengan pendirian sebelum ini.


Sewaktu menolak keputusan mesyuarat perhubungan UMNO Terengganu sebelum ini, Rosol berkata, suara cawangan adalah yang paling utama, sekiranya cawangan mahukan pertandingan, sesiapan pun tidak boleh menyekat kehendak cawangan.


Di Marang pula Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Alias Abdullah (Alias) mendakwa ada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diugut tidak akan dilantik semula jika tidak mencalonkan ‘pemimpin bahagian tertentu’ mengekalkan jawatan pada pemilihan peringkat cawangan.

Alias berkata, ugutan itu menyebabkan pengerusi JKKK yang bimbang kehilangan jawatan terpaksa mempengaruhi ahlinya supaya mencalonkan pemimpin terbabit pada persidangan cawangan.

Menurut Alias dia mempunyai bukti dan akan menyerahkan bukti tersebut kepada Lembaga Disiplin UMNO.
“Kita meminta Lembaga Disiplin mengambil tindakan secara telus, sebaik menerima bukti mengenai penyelewengan dan tindakan mengeluarkan ugutan kepada pengerusi JKKK yang juga ketua cawangan jelas menyalahi etika pemilihan parti.”kata Alias


Alias juga menentang keputusan perhubungan UMNO Terengganu, turut menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Marang pada pemilihan Oktober depan.

Marang telah menyaksikan ‘aksi maut’ pertembungan tiga penjuru yang mungkin menyebabkan Dato’ Abdul Rahman Bakar (Man Bakar) tidak dapat mengekalkan kekuasaannya sebagai Ketua Bahagian.

http://buletinonline.net


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: